Tuesday 18 February 2014

IMG_20140221_160232

 

ni sebenarnya hasil dari member aku yang berderak atau bercuti di indonesia, tang mana depa pergi aku tak tau la, tapi yang okay, ada member aku sorang ni bagi sekotak rokok dunhill from indonesia ni. alahai baik nye member aku ni, dari awal lagi aku dah tahu yang dia beli rokok ni banyak, ada la, nak kata 2,3 kartun tu, mak aii. kiranya aku dah jeling menjeling la rokok yang dia bawak balik ke malaysia ni.

dan aku nak review pasal rokok ni, mungkin juga review aku ni berbaur dengan peribadi aku.

dari segi fizikal rokok ni tak nampak sangat kepelikan tapi perbedaan jelas kok nampaknya, terutama saiz kotak dan juga putung sekali. dah memang la, kalau dah putung saiz lain, maka kotaknya pun saiz lain la. inferens tu, sains darjah 5 jap. dia agak menyerupai kotak rokok gudang garam, suria. putungnya pun seolah olah anak tiri rokok gudang garam.

dari segi kesedapan, mak aii. pelik benor yob rasa, seolah olah ada kretek. kretek tu apa? secara menyeluruh la, memang tak bebebeberapa sedap dan kenikmatan tak mencapai tahap yang diingini, setakat nak main asap boleh la. tak boleh lawan yang malaysia punya. tiptop nikmat, sampai filter pun terbakar skali.

putung nya nampak panjang sebab dia punya filter pun panjang, ala macam rokok suria. huhu tak sampai setengah dah meniarap kat bumi, kesian. tak habis sekotak, aku dah tungtung dengan member kat tempat kerja.

yang menjadi kehairan aku ialah, pada hujung minggu, aku macam biasa aku akan melawati member aku kat nilai, serdang dan ampang. dan juga tengok timing kalau kesempatan. sebab aku dari gemas n9 ni beb. dah la dengan kapcai je. tapi bukan jarak aku nak ceritakan tapi bab rokok ni. aku macam biasa la buat baik dan lurus mempelawa untuk bagi rokok ni kat diorang. 2,3 orang je ambik dan menikamtinya, yang lain pandang dan menjeling je kat kotak rokok. depa ingat ape, rokok seludup ke? aku macam frust tapi bila satu hari aku tinggal rokok tu kat depan tv, nampak jugak kekosongan dalam kotak tu.

bersangka baik, mungkin diorang malu kot depan aku. hahaha

 

IMG_20140221_160245

Categories:

0 comments:

Post a Comment

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!