Sunday 22 June 2014

 

DSC_0123

 

Nampak tak apa yang nak aku kisahkan? berdasarkan gambar tu. emm tak yah nampak, aku panjanglebarkan jap lagi.

 

kisahnya ialah batu ballast, ye la batu yang kat atas tu la. ini berbeza dengan batu hardcore atau crusherrun. budak konstruksyen tahu benda ni. kalau tak tahu, balik semula sekolah dengan “Tukang”.

dalam ertinya Tukang tu.

sebenarnya ni batu untuk dipakai di tapak kerja yang kerja sekarang ni. biasa la tnb. korang pernah tengok PMU atau pencawang masuk utama. kat daerah kecil-kecil sebab benda ni kat bandar besar jarang jumpa. kan pencawang tnb tu kat area struktur dengan kabel-kabel tu ada area kat bawah tu kena isi dengan batu.

kisahnya dalam BQ atau bill of quantity nak saiz 40mm. haa pasal 40mm ni ada kisahnya pula. aku kena pergi kuari. cari batu ni. dibawa bersama wakil TNB. pertama kat gemenceh,n9. batu ada tapi yang dikehendaki takde. ada saiz 30mm dan 50mm. almost saiz yang nak la kan.

kedua aku pergi kat kemayan,pahang. satu kuari tu. pergh hampir 3kilo masuk ke kuari dari jalan raya. aku pun tak tahu sebenarnya yang kuari tu punya lokasi macam tu. kena pulak time tu, aku pergi dengan supervisor main-kon dan keretanya sekali.

dipendekkan, habis kereta nya berdebu katu dengan jalan lori bawa batu keluar masuk kat situ. tapi disebabkan dah sampai dia pun macam serba salah jugak. takkan nak balik, hampir 2 jam jugak kalau tak silap aku untuk kesana. dalam kepala aku time, kalau dia dah tahu dengan keadaan macam ni, tak kesanggupan dia nak bawa kereta dia tu.maklumlah kereta dia tu baru ambik(baru). sorry bos, mr.bathumalai.

sample batu kat sana aku ambik dan ngam saiz 40mm tp itu bukan batu ballast tapi batu hardcore. TNB semestinya taknak. kompom.

dan kisah ketiganya, bos aku suruh survey kat segamat. perghh takde makna nya aku nak pergi kesana. jadi dengan bermacam alasan, sehingga lah bos aku mengalah dan merunding ngan pihak tnb pasal batu kat gemenceh tu. saizz 30mm dan 50mm. diringkaskan. maka agreed la pihak tnb.

ada satu lagi kisah dengan kompany batu kat gemenceh ni. tapi aku malas nak story sebab tak baik aib kan kompani. hahaha

 

contohnya macam batu kat dalam gambar tu. gambar ni tempat aku kerja.

P3120006

Friday 13 June 2014

DSC_0083

haa, terliur bukan dengan hidangan mabeles ni, simple murah dah menghilangkan rasa lapar. aku nyatakan harga dulu, nasi lemak plus telur dadar, rm1.70 dan air teo panas rm0.70. begitu bajet dan save gaji aku, boleh dikatakan setiap hari aku sentap sebegini.

lokasi di gemas, area kuaters kilang lantun kat pasir besar. siapa orang gemas mesti tahu area ini dan orang pasir besar berkemungkinan tahu gerai ini, kecik je, aku terlupa nak snap gambar gerai ni.

bayangkan lah tak sampai pukul 9 lebih (pagi), aku dah layu mata dek muat makan untuk breakfast ni. kenyang beb, air aku request kurang manis, sebab aku minum sebelum ni air nya boleh tahan tahap manisnya. biasa orang order nasi lemak telur mata kobau(slang nogori), tapi aku telur dadar, lantaran takleh makan telur yang tak bebebeberapa masak ni. apatah lagi telur masak separuh. huhu cari nak muntah kejadahnya.

tapi tak sampai pukul 10 pagi, nasi lemak dah habis, aku pernah kena, sebab aku datang lewat kerja, jadi macam biasa la request nasi lemak telur dadar, sekali dia lambai tangan dengan senyum sinis, dengan gitu aku dah tahu la maknanya apa, aku beredar sambil muka frust dan perut berkerokkan.

tapi sekarang aku dah berkurang makan sebegini belah pagi sebab aku dah berdiet, huuu berdiet bak hang, jago tubuh naa, nak kawen katakan. haha

aku review sebab murah dan boleh tahan rasa nikmatnya.

Monday 9 June 2014


DSC_0012DSC_0013

Dalam gambaran ialah usop, pekerja aku dan juga dikenali sebagai expert worker yang mana merangkap sub-kerja dengan kompany aku kerja, tapi kedekut jugak orang nya walaupun dulu kala aku benci karenah dia.


tapi bukan pasal dia nak aku bicarakan kerana yang utama ialah tanah tu.


kalau nampak dalam gambar nombor 2, yang sedang hacking tu atau breaking tu adalah tanah dan bukan batu. dan baru ke gambar nombor 1 iaitu menyikul(dalam slang kelantan) atau menyodok tanah untuk keluarkan dari lubang itu.


kedua-dua dalam gambar itu adalah dalam building maksudnya lantaian.


tapi ada kesalahan dalam gambar tersebut. sefaty helmet tak pakai. macam aku ni safety officer la pulak. ingat aku ni kogelan(safety rep) ke.


moral of the story ialah pakai pakaian keselamatan semasa bekerja.


bak kata kogelan:
“selamat bekerja, bekerja dengan selamat”

Tuesday 3 June 2014

DSC_0014

Wak jalani atau second name is harabak, dengar kata nak tukar nama lagi bila buat permit baru, siap bagi tahu aku lagi apa nama yang nak dia pakai nanti, nak tahu? Abdul Halim. haha begitulah celotehnya disebalik tirai seorang pekerja buruh binaan yang mana dapat dikategorikan dalam golongan mahir yang mana pernah mengambil sub dalam bidang pembinaan, dengan kabar baru baru ni baru sahaja settle bangunan kat johor bharu.

kisah kali ini review wak ni, adoi ya betol, ada suatu hari, hujan lepas berserta angin meniup sana sini dan tidak ketinggalan guruh dan petir menyambar dikala selitan guruh. aku ingat lagi time ni dia sedang bekerja lagi, tambahan lagi dia buat kerja dalam bangun tapi pintu open la, besar pulak tu pintu, jadi angin kencang tu dia rasa la.

aku ada 2 workers ni yang mana selebihnya sudah ditransferkan ditempat lain kerana ada kerja lagi kat sana, jadi tinggal 2 je, untuk kerja clearing defect untuk kerja civil.

sambung semula, seperti yang dalam gambar tu, wak sedang menyorok ketakutan akibat petir kedengaran begitu kuat, mana tak takutnya sebab aku kerja ni area pencawang elektrik, pencawang TNB. walaupun semua struktur mempunyai wayar earthing, tapi dengan bunyi petir yang kuat tu menyeramkan la jugak.

dengan ketakutan, wak mencelah masuk kedalam post guard, yang mana jaga punya port. aku kelam kabut sebab banyak lagi kerja yang perlu disiapkan sebab nanti ada audit, mampus aku kalau tak siap. aku punya workers sorang lagi tah kemana, eh sorang lagi tengah clearkan barang-barang kerja. tapi wak dengan selamba lari sampai tinggalkan barang kerjanya, apa ke hal ni, barang berselerak kat sana.

hujan melebihi pukul 5 ptg, jadi diorang balik dengan girang sebab balik awal. aku jugak balik lewat sebab balik dengan motor, diorang dengan van, hujan tak henti lagi. emm

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!