Friday 7 February 2014

ini punya kisah gua ceritakan ketika gua balik dari kerja, memang langsung terus, takder nak fikir dan gelak seketika punya. pendek cerita punya gua jalan.

ini pasal helmet gua, visor macam longgar. gua pakai helmet murah jer, MS88 siapa yang naik motor EX5 buat rempit ke sekolah mesti tahu la. tak tau, ni mesti kaki pakai helmet APOLLO.

*gambar hiasan, tapi model dan kaler macam ini gua punya.

 

padan la dengan gua pekena untuk LC135 je, bukan superbike, nak layan SHOE dan seangkatan dengannya memang gua tak mampu, mampu pun boleh paksa tapi gua memang tak nak paksa untuk benda itu. just setakat untuk sarong kat kepala dan jumpa abam polis kat roadblock dapat lepas.

 

tidak senangnya gua pada helmet gua ini ialah visor dah longgar, maklum lah seingat gua helmet itu berumur dah hampir kurang 2, 3 tahun jugak. ye ke? pernah dulu visor yang longgar gua baiki dengan tukar skru pengikat. tak tahan lama, tak sampai 2 tahun, terus tenggantung balik. 2 tahun?? gua kenyet mata sambil berfikir seorang diri.

 

masa nak pergi ke tempat kerja memang gua dah rasa dah tapi gua memnornalkan diri. skru hanya satu je yang mengikat visor terhadap helmet itu. jadi gua terpaksa la kontrol diri untuk menyamakan visor dengan helmet, kadang-kadang depan awek, gua kontrol habis-habisan.

 

ingat waktu balik gua buat keputusan untuk balik ke tong sampah. tak dua tiga kali membenakkan kepala gua. dah sampai masanya untuk dia pergi mengadap sampah sarap. dan gua juga nak bercadang nak angkat yang baru punya. yang lebih cun dari MS88. koyak sikit poket aku bulan ini.

 

masuk je ke jalan apartment tempat gua sewa, ada la satu tong sampah yang 1x2 meter kot, bukak tali helmet, terus baling ke tong sampah. tapi malangnya gua tidak menepati sasaran dan helmet itu tergolek ke sebelah kiri tong sampah.

 

ditengok orang berhampiran kat gua maklum lah, gua baling tu time gua tengan tunggang motor, ada la dalam 10km/h. berdentum jugak la. tu yang mengalih pandangan orang kat sekeliling situ.

 

gua selamba buat bodoh sambil buat muka tak bersalah gua pulang dengan rasa secubit malu sebab baling tak masuk tong sampah.

Categories:

0 comments:

Post a Comment

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!