Thursday 7 August 2014

sejak akhir akhir ni, aku sudah kemarut dengan kegiatan pengambilan gambar ni, atau lebih dikenali sebagai fotografi. ini kesan daripada aku penah pegang sikit sikit kamera abang aku yang mana kamera nikon D80. aku survey, ini adalah antara model yang lama, yang mana aku merasakan tak ada produce lagi buat masa sekarang.

meninggal nya aku dalam aktiviti fotografi hampir dua tahun lebih lantaran ketiadaan masa untuk bergolak dengan kamera dan scene, jadi aku left offf.

awal tahun 2014, aku rembat HP xperia Z1, lantaran aku pikirkan sekiranya aku beli HP ni dapat 2 fungsi yang agak menarik bagi aku, sebagai alat kemunikasi dan pengambilan gambar, sedia maklum yang mana xperia Z1 ni mempunyai megapixel 20.7. jadi agak melecun jugak hasil penangkapan gambar yang dibuat.

semakin hari semakin aku menelaah tetang fotografi ni semakin gila aku dengan pengambilan gambar ni.

aku lebih suka kepada street fotografi walaupun agak janggal dengan mengambil gambar dengan public. sungguh seni yang mana dapat menganmbungkan dengan banyak elemen, yang hidup mahupun objek mati.

landscape, juga tergolong dalam minat aku, dengan panorama yang menyegarkan perghh, menyelerakan hati dan sanubari.

macro, pernah minat, time guna gear nikon dulu, sebab memang top ambik gambar micro guna DSLR ni.

dan ada jugak yang types lain, yang mana ada juga kecenderungan. tapi dalam kepala aku sekarang street photography. perghhh. tapi aku seorang yang amatur, atau bawah amataur. ambik gambar pun noise lagi. hahaha

 

azriffko 1596

Man alone with empty chairs

 

azriffko 1587

A Group of workers

 

 

always search absurd moments and do not afraid spend film,don't afraid to fail.

Thursday 10 July 2014

membangangkan adalah aktiviti yang kurang enak bagi aku, apatah lagi membangdingkan kebangangan ini dengan dua insan yang bergelar manusia. halus dalam kalbu aku, halus lagi kias dalam jiwa aku.

kisahnya bukan trajedis berdarah mahupun keberkorbanan nyawa, hanyalah secubis rasa kurang enak dalam diri aku, seolah aku ini basikal tiada brek, yang mana hanya brek dengan tapak selipar sahaja.

ini berkenaan bab civil construction, okay. aku jelaskan.

lebar sesebuah plinth, atau tapak ialah 2400mm dan panjang 4200mm manakala tinggi 1170mm. aku malas nak kisahkan bab panjang dengan tinggi, sudah memadai dengan lebar sahaja, iaitu 2400mm.

ini main story, nak pasang rebar untuk plinth ini, spacing untuk area lebar ni adalah 200mm, center to center. manakala concrete cover 100mm termasuk kiri dan kanan, maknanya 50mm sebelah. jadi hanya 12 batang sahaja lah perlu di pasangkan. betul tak?

jalan pengiraan:

2400mm(lebar)-100mm(concrete cover)=2300mm

2300mm/200mm(spacing)=11.5

11.5 dimaksudkan dengan jumlah batang besi rebar. ada ke bilangan besi separuh macam tu? jadi kena la bundar menjadi 12 batang.

maka hanya 12 batang je lah perlu dipasang.

*****

dengan wakil TNB ini tidak puas hati dengan aku, dia nak dengan keputusan dia, yang mana 13 batang perlu dipasangkan. yang mana pengiraannya tak tolak concrete cover. bangang apakah ini? setahu aku dia kerja dengan TNB ni dah 4 tahun dalam bab civil ni. jadi mengapa dia selitkan kebangangannya pada situasi ini. dah la bulan puasa pulak ni.

kena pulak dia punya engineer TNB(civil) ada sekali, jurutera pulak girl, umur lebih kurang je, cuma lebih sikit je kot. aku tengok macam tak der power je, walaupun girl tu level jurutera. maklumlah girl kan. aku dah kelip-kelip mata dah sikit girl tu, huhu

memang aku nampak, dia ni kena tarbiah sikit dengan jurutera tu, sampaikan kes ni diterima ke bos aku. bangang betol la. bos aku dung dang dung dang kat aku, maklumlah, Clerk Of Work merangkap juga supervisor. kena tarbiah juga aku dengan bos aku ni. aku sabar je sambil menjawab panggilan bos aku dengan ye ye ye je bos.

aku tutup kes, sehingga malam tu, aku tarbiah sikit jurutera tu melalui wasap. biasa la tarbiah wasap tengah malam ni, ayat tu yang kurang lembut, lembutkan sikit. huhu lepas tu, dia decide yang dia akan merunding dengan dia punya technician supaya mengubah apa yang dia decided tadi. jadi aku akhiri tarbiah aku dengan jurutera ni dengan selamat malam, settle.

aku lega sambil perut memanggil nasi goreng kampung dan telur dadar, kena cari kedai makan dulu la.

simple-sailboat-6605

Monday 7 July 2014

kisah aku makan malam, yang mana, aku order air kosong tapi dia just tengok aku dan blah, aku ingat dia nak pergi ambil pesanan aku tu, tapi sampai ke habis makan aku tapi dia buat bodoh je, aku perhatikan dia sebenarnya, ingat aku jeling-jeling kosong ek.

baru sampai kat kedai makan, aku order la macam biasa, nasi goreng kampung, telur dadar dan air limau ais. lepas order belek HP bukak fb, tengok notifikeasyen.

makanan sampai dulu, tang tu dah menjadi ketidakanehan dah sebenarnya, biasa air dah nak habis separuh baru sampai makanan, petanda mungkin ada kaitan dengan pesanan air kosong aku ini terbantut. teori apakah ini?

bila sampai air limau ais tu, aku pesan la lagi air kosong, aku pesan sebab aku tengok pelayan yang lain dari yang mengambil pesanan tadi, itu sebab aku pesan lagi, kalau yang pelayan tadi jeling masam kat aku, aku tak kisah sebab mungkin itu seolah-olah dia ingat aku permainkan dia, tapi pelayan lain.

lepas aku pesan air kosong, dia buat muka terkejut, aku buat bodoh jela. aku tengok je gerak geri dia, nampak macam melencong ke lain, memang tepat, dia singgah di meja hujung, pastu ada seorang lelaki. dalam kepala aku, dia ni pelayan ke, kastemer kedai ini? atau pun pelayan freelance.

aku macam acah tak acah nak makan sebab tak de air kosong, paham paham je la masakan producing dari thailand ni, ajinomoto banyak sangat. mana tahan kalau ayer sikit.

aku tak kisah la mungkin dia ada problem dengan laki tu, aku biar dalam beberapa minit, dia melangkah masuk ke area kedai tu, nampak macam buat kerja. lepas tu, dia selamba duduk dengan seorang lagi pelayan, bangang aku menunggu. sampai habis makanan aku makan, tiada respon untuk air kosong. bersangka baik dalam kepala aku, mungkin air kosong habis kot, atau tengah masak kot.

*pelanggan tetap hasil daripada service yang bagus diberi

 

simple-sailboat-6605

Sunday 6 July 2014

Kali ni aku nak review tentang makanan yang ni pertama kali aku jumpa dan makan. Mungkin juga makanan ni sudah biasa berada di tempat anda. Ni pun aku jumpa kat bazar ramadhan kat TF gemas. 


Dikenali sebagai kaya ball. Yang mana dibuat dengan dua elemen iaitu tepung gandung dan kaya je. Kot.. Tah la adunan tu aku tak tahu la sangat. Yang aku tahu, cume makan je.

Bentuk yang bulat kecil dan comel. Macam makanan yang nama jepun tu. Aku tak ingat la apa nama makanan jepun tu.

Rasanya boleh tahan la sebab ada manis kaya tu. Yang kaya tu sebagai inti je.aku ingat dia dah adunkan tepung tu dengan kaya skali. Sebiji tu, sekali makan je. Tah tah 2 biji pun boleh buat sekali makan je.

Aku beli haritu rm2 10 biji. Boleh la dijadikan kuih untuk berbuka puasa. Tu pun dah kenyang dengan kemanisan.perghh.

Tapi tak boleh fight dengan kuih akok. Mabeles.



Ni la jenis aku. Style pelik pelik je. Kadang kadang melebihi paras normal walau masih terikat lagi dengan normal. Paham tak? Bermakna didalam kumpulan normal tapi lebih sikit. Ala lebih kurang la normal ke tak normal. Jangan jadi ia masalah.

Kisahnya. Aku mula amalkan makan telur diwaktu pagi atau breakfast. Nak juga aku makan telur masak separuh yang mana kebiasaan orang makan dalam mangkuk tu. Dua biji macam gitu la.tapi ia tidak dapat aku sentuh dengan kejeliroan aku. Mual.

Akhirnya aku mencuba telur mata. Yang macam dalam gambar tu.aku buang telur kuning.katanya abang aku tak bebeberapa elok untuk build body. Jadi terpaksa la aku buang. Rasa macam ada mual tu. Aku campur je dengan kicap manis sikit. Eh kicap tu manis ke masin? Tah la aku pun tak ingat.

Pada awalnya. Perut muda aku ni susah nak terima. Asyik kunjung mengunjung tandas je. Bila dua tiga hari selalu makan jadi dapat lah kewarasan dalam perut aku.

Biasa dulu. Pagi pagi lagi aku dah rembat nasi lemak telur dadar dah. Macam mana nak diet kalau tang tu. Lemak membiak dengan suka ria. Jadi aku tukar habit tu kepada yang lebih elok sikit. Bukan bermaksud makan nasi lemak itu tak elok tapi pengambilan dia tu.

Bila dah puasa ni. Aku hold makan makanan rancangan. Supaya dapat energize dengan lengkap. Lepas puasa start balik.

Saturday 5 July 2014

 

IMG_20140504_123617

 

kali ni aku nak buat review je pasal power bank aku beli kat TS a.k.a times square, harga boleh tahan la rm60 je, tapi sekarang dah menjunam turun woi rm45. ye ke? beza dalam 2,3 bulan je. ke memang macam tu gadget seperti ini?

dulu pernah aku beli yobao tu yang 10000 mah rm60 jugak selepas dapat nego dengan tokey tu dan aku beli yobao ni kat uptown wakaf che yeh je. biasalah barang selam timbul. tapi yang pineng ni aku beli yang ori, siap ada waranti 1 tahun.

dulunya aku beli untuk tab samsung aku, tapi dengan 10000 mah yobao tu dapat sekali cas je tu pon tak penuh tapi power bank dah habis bateri dah. tab kalau tak silap aku dalam 7000 jugak dia punya bateri kapasiti. yang latest aku beli ni untuk new hp aku, sony xperia z1. boleh la aku snap gambar banyak banyak.

dengan 10000 mah pineng ni, aku dapat cas 5 kali kalau tak on mobile data atau wifi, dan juga kali ke-5 tu bateri hp tak sempat penuh la. kalau on data mobile, yang pernah aku try la, dapat 3 kali je. okay la stakat ni.

ni pun tunang aku yang paksa suruh beli, tapi guna duit aku. nak bermanja betul.

Kuih Akok( dah tinggal 3 keping dah, baru nak snap)



Tah la memamg menjadi keinginan bila datangnya bulan puasa dengan kuih akok ni. Orang kelantan tak tahu kuih akok better cari gua dan duduk dalam tu.

Akok sejenis kuih made dari telur dan tepung. Perghh. Bermacam macam jenis, akok bunga, akok dopot, akok nipis dan ade lagi. Yang lagi kalau nak beli time dia buat tang tu jugak. Baru boleh yang betul betul fresh dan panas. Perghh meleleh ayaq liur.

Kisahnya bermula ramadhan, first berbuka puasa aku kat KL,setapak kat rumah tunang aku. Invited katakan rasa tak elok pulak nak menolaknya, jadi singgah aku kesana tapi nak aku kisah ni adalah aku marathon kat bazar tu, kat danau kota tu, aku nak cari kuih akok, bersama tunangkan. Lelama aku jalan meronda, ada satu kedai je yang jual akok, itu pun dalam talang atau neka je. Ingatnya aku nak singgah beli, dah tunang aku ni lelaju berjalan, jadi melepaskan sudah hajat yang diidamkan.emm

Kisah kedua pasal kuih akok ni, kat bazar di kem askar gemas, near TF. Jumpa jugak aku dengan kuih akok ni. Satu gerai je. Kecik je gerai dia, sekali dia jual dengan kuih puding. Didapati tak ramai sangat yang singgah, mungkin orang lain tak sangat meminati kuih akok ni. Aku apatah lagi. Singgah dan tanya pasal akok ni. 3 keping rm2. Dan aku tidak terkejut beruk la sebab memang kuih akok ni dah mahal lantaran telor mahal. Jadi dengan keinginan tinggi.beli la rm4 , 6 keping. Cukup sudah untuk melepaskan rindu nak makan akok ni.

Ni dah 2,3 tak makam kuih akok ni.emm kena pergi cari ni.
Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!