Wednesday 24 April 2013

time tu aku tertidur, agaknya tidur secara rela mahupun ala-ala pejam mata saja? kisah bermula…

lingkungan aku form 2 or 3, seperti biasa, sekolah disebelah petang dan berkenderaan kesekolah adalah bas sekolah. bas persiaran? berkasut kulit hitam, berbaju putih malar-malar dan juga ber neck tie merah tua. dikala aku dimasa itu.

ruang penungguan aku semasa menanti bas hadir menjemput, pondok kecil tepi jalan yang bercabang tiga adalah lokasi pondok tempat aku menunggu. berkonkrit separa kayu dan beratap zink. sekali juga berkumpul bersama perempuan dikala panas terik memancar. mana tak nya, ada pokok kat situ kena tebang, sebab apa aku tak tahu. kalau tak, perempuan kat bawah pokok itu saja.

jam tunjuk 11:30 am, waktu kehadiran bas sekolah datang adalah jarang-jarang tepat kadangnya lewat tak juga datang pukul 10:00 am dah tiba, dan hakikat memang tak boleh nak target bersih, kasar-kasar saja. dalam datangnya bas, pusu-pusuan anak-anak sekolah melangkah masuk kedalam bas untuk kesekolah, kisah ada 2,3 orang melangkah ke jalan lain malas aku nak ceritakan.

seperti biasa, di dalam bas ada 2 orang yang berkhidmat, 1 driver dan 1 lagi pengutip duit tambang. tambang dibayar hari-hari, jadi pergi kesekolah naik bas, dibayarnya, jika tidaknya kesekolah, sebaliknya, memang hakikat.

dengar cerita dulu bas ini mengambil tambang secara bulanan, tapi selepas perkhabaran bahawa tak semua passenger yang membayanrnya, jadi beralihnya sistem tambang bas itu kepada hari-hari pembayarannya.

rm1.50, adalah tambang ketika aku form 1 untuk sehari termasuk pergi dan balik. biasa semasa pergi saja kutip kerjanya, pulangnya tukang pengutip tambang dah tak naik lagi bas itu, tinggal driver saja. ponteng agaknya.

kisah aku tertidur adalah nak lari pembayaran tambang itu. bangangkah aku ketika itu?

bukan tidak ada duit aku ketika itu, abah aku bagi rm3 untuk kesekolah. separuh untuk bas, dan lagi separuh untuk santapan di sekolah. tapi mengapakah aku nak juga tak nak bayar? aku bersejenak fikiran melayang terbang serong.

duduknya aku di seat tepi tingkap, sambil tingkap aku buka separuh untuk memasukkan angin dari luar dengan juga aku labuhkan kepala menyenggeng ke sisi tingkap untuk tidur paksa. kadang-kadang malas juga nak turun dari bas ketika bas sudah parking kat tepi jalan menuju ke sekolah.

semasa pembayaran wang bas, aku sengajakan tidur, mana la tahu boleh melepas dari pembayarannya. aku bodoh seketika itu. aku sedar pengutip wang bas itu mencuit sedikit kasar pada bahu aku. fikiran aku cuba menidakhiraukan cuitan itu. seat situ ada dua. tepi aku kosong. jadi last pengutip wang itu, duduk tepi aku bisik kat telinga aku, untuk bayar rm1.50.

aku buat muka baru bangun dari tidur dan meraba beg duit aku dalam kocek seluar belah belakang. tak panjangkan cerita dengan pengutip wang itu, terus aku bayar.

bangang jugak aku ketika itu, nak melepas dari pembayaran. ingat bas bawa aku itu isi air dalam tong drum ke.

aku fikir balik rasa macam nak gelak sambil tutup mata dan tak buka mulut, hanya nak tarik bibir  lebar saja. apa macam? sebab tindakan aku macam menipu sambil muka tersenyum. dan hanya berlaku sekali saja trick aku itu. sekali saja bangang, tidak aku duakalikan.

moral of the story, adik-adik naik bas bayar hari-hari, jangan tak bayar nanti pengutip wang itu buat muka singa sakit gigi kat adik-adik nanti, abang dah kena tima abang bongok time tu. tapi kalau adik-adik nak bongok pun, simpanlah bongok untuk benda lain juga ye. pesanan tak beberapa ikhlas sebenarnya.

*gambar hiasan, tapi lebih kurang macam ni bas aku naik dulu, cuma tingkap boleh bukak je, air con haramjadah.

Monday 1 April 2013

postingan tengah malam adalah istimewa bagi gua kerana mempunyai daya kreativiti berbeza. hehe kali ini ingin gua bicarakan tentang “lain yang difikirkan, lain yang diterima”. adakah anda tahu dengan apa yang gua maksudkan?? tak tahu, relaz dulu.

perkara yang agak simple dan gua yakin perkara ini ada sesetengah diantara kita terkena atau melalui kejadian ini.

“bayangan dimata adalah berbeza dengan apa yang dirasa”

gua nak bagi gambar ini membicarakan maksud gua.

s

hehe. selamat berilusi sendiri, cuba merenung kembali jika anda pernah melaluinya.

gua nak cerita sikit pengalaman gua bila terkena trik ini, walaupun mak gua tak planning tapi ia memang nampak seperti yang sudang dirancang sebagaimana proses kekenaan.

  • gua open peti sejuk, alangkah sedap mata memandang, lebih sedap lagi jika mulut merasa kesedapan itu.

  • gua dengan kepala dari serabut menjadi tenang seketika bila ternampak ais krim dalam peti ais itu.

  • angkat dan ambil dengan senyum terukir di bibir.

 

  • letak atas meja, dan gua sudah siap kelengkapan dengan cawan bersaiz sederhana dan sudu besi yang agak old school.

  • pegang sudu, cungkil penutup bekas ais krim.

 

  • buka terus nampak isi ayam yang sudah di potong-potong kecil.

 

  • gua dengan hampa, tutup balik bekas itu, dan gua nampak mak gua gelak ketawa sopan di depan mata gua, dua dengan muka kecewa sambil meletakkan balik bekas itu dalam peti sejuk.

 

itu sahaja pengalaman gua, semoga menjadi pengajaran untuk masa hadapan. kuhkuhkuh

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!