Monday 25 March 2013

kisah yang aku paparkan ini adalah kisah semasa aku belajar kat Politeknik, time tu aku sem 3 kalau tak silap, adalah merekodkan kejadian yang tidak pernah aku sangka dan sehingga kini bau-bau sejarah itu masih lagi melekat walaupun terpaksa jua aku padam kan,

diketika itu, bulan romadhan bertapak dan sebagai muslim sewajibnya menjalani ibadah itu. aku juga begitu, jadi seperti biasa bila sudah petang datang dekat-dekat nak gelap sedikit kerana malam, berpusu-pusu lah manusia yang menerjah kedai makanan.

kisah ini berlaku antara aku dengan kawan sebilik aku saja, aku tinggal di rumah sewa ketika itu. apakah sanggup dia melakukan seperti itu kepada aku.? sebenarnya terlebih dahulu aku sudah memberitahu nya lebih awal.

Kisah bermula….

di suatu petang, aku sudah alert yang aku perlu keluar untuk membeli makanan untuk santpan berbuka nanti, jadi tumpuan aku adalah kedai makcik yang kat depan rumah sewa aku tinggal. tidak jauh, lebih kurang 10 langkah dari pintu pagar rumah sewa aku dengan kedai kecik makcik itu. hidangan disitu boleh dikatakan menarik juga kerana juadahnya boleh tahan.

seperti biasa la, bila makanan yang murah lagi sedap maka tumpuan menjadi ramai yang datang. termasuk aku juga dengan kawan aku tu.

aku dah sepakat dengan kawan aku tu yang kami ni malas nak keluar jauh untuk membeli santpan berbuka, bazar romadhan ada kat area situ tapi jauh la sedikit. langkah yang drastik diambil, jadi kita orang buat keputusan yang tak nak keluar dan pekena santapan kat kedai makcik tu je.

kedai makcik tu, tak boleh beli lewat, nanti makan angin la jawabnya, habis awal, belum sempat berbuka, bekas nasi dah tertutup dari penjualan.

jadi awal-awal la aku pesan kat kawan aku tu yang pesanan untuk membeli nasi lauk ayam goreng pedas, kawan baik jugak la, dari sem 1 hingga sem 6, duk sebilik, yang mana satu bilik rumah sewa kat situ boleh dimuatkan 6 orang. maklumlah kawan sekelas dari awal hingga akhir semester. semua jelas aku ceritakan kat kawan aku pasal pesanan. jadi aku kiranya beres la. sebab ada sebelum ini aku yang dia kirim untuk beli makanan dia. jadi tukar-tukar la, bergilir gitu.

jam sudah pukul 6.45 petang, dan aku berharap yang santapan untuk berbuka sudah settle oleh kawan aku tu. jadi kerunsingan aku tidak la terserlah sangat. terus aku berinternet ber device kan laptop.

6.55 petang, kawan aku ni tak tiba lagi kat bilik, aku mula gelisah akan santapan berbuka aku nanti. terus aku keluar ke kedai makan itu untuk menanyakan pasal makan yang aku pesan. alangkah kurang sedap berita yang dia bagi tahu aku, yang bahawa nasi di kedai makcik itu sudah habis termasuk lauknya sekali.

aku jem otak seketika. nak ke bazar memang tak sempat lah, dah pukul berapa ni, tinggal lagi 5 minit. panas enjin motosikal 10 minit.

kawan aku ni pergi ke kedai makcik untuk atas simpati dapat nak beli santpan untuk berbuka. aku sudah kecewa time itu.

aku tunggu dan tunggu, datang nya semula kawan aku ni ke bilik, dan jawab nya kat aku yang nasi sudah habis dan tak dapat nak tapau, tapi dia sempat lagi tapau nasi untuk dia, tapi lauk sikit je la, yang hujung bekas dapat.

yang tak tahan nya, untuk dia, boleh pulak untuk dia tapaukan, aku??

kalau ye pun, jaga la perasaan sikit, aku tengah membabikan perasaan aku kerana nasi, pastu boleh pulak dia tapau untuk dia seorang, kalau ye pun nak tapau jugak, sorok dulu, jangan kasi aku nampak. memang moral aku down terus dia ni, memang tak pandai berkawan langsung.

waktu berbuka hampir tiba, aku terus otak celaru, azan berkumandang, capai aku dengan gelas kaca atas meja dan meluru ke depan ruang rumah, ada satu water heater dengan sekali water cooler. terus tadah air sejuk dan bawa ke bilik, minum air je dulu, air sejuk je.

aku bersikap biasa la, lagipun time tu time puasa kan, jadi aku mengawal la perasaan aku time tu. terus aku pelawakan, makan la dulu nasi yang dia tapau tu sebab dah waktu berbuka.  dia berkata, tak menagapa, nak tunggu aku beli nasi, memang tak la, time berbuka kan.

aku terus gapai maggi segera aku yang dalam almari bahagian makanan yang kat bawah, terus bogelkan plastik dan ambil isi letak dalam tupperware, taruk air panas dan panaskan maggi itu. bila dah settle maggi aku tu, aku pun makan maggi je berbuka, baru la kawan aku tu pun turut sama makan makanan yang dia tapau tadi.

aku pun buat biasa la, malas nak layan sangat perasaan yang bergelora.

waktu berbuka hari itu, settle aku dengan maggi sahaja. dalam untuk pelengkap santapan berbuka tadi, malamnya itu, aku pergi la ke kedai makan, makan masakan panas.

habis…

moralnya, emmmm fikir la sendir. letih rasa pulak aku nak menaip. emm

Monday 18 March 2013

mimpi hebat sangat ke sampai boleh diketengahkan ini? aku menanyakan dan juga aku menjawabnya. nak tahu jawapan adalah mara anda kebawah dalam sesi pembacaan.

semalam juga aku nak bangkitkan kembali kisah aku ini, bukan apa dikongsikan jua tiada la untungnya aku dapat, jadi tidak mengapalah aku tepek disini kisahnya.

bermula kepala cerita, hari biasa pagi-pagi prepare nak kerja la kan. tapi aku lain sikit, mungkin juga ada yang seperti aku ini.

bangun pagi, biasa orang dah tak tidur katanya murah rezeki seperti mana kita sering dengar selalu ayat ini di utarakan. nas dan dalil tak dapat aku muatkan kerana aku takde sumber. nak tahu sumber cari sendiri.

sambung semula, dah bangun orang dah tak tidur, mandi ke, cuci muka ke, solat subuh selepasnya. lain nya aku, pagi-pagi muka macam ayam cirit birit bangun menuju ke bilik air, ambil wuduk dengan keadaan separa sedar, tapi lepas habis ambil air wuduk tu, tak kan nak separa sedar lagi, mungkin biji mata macam dah nak keluar.

settle subuh dan sambung tidur, itu aku masih sehingga kini dibawa tabiat. kadang kala ada juga macam biasa, dah bangun dan tak tidur tapi jarang sangat la. itu sebab aku payah rezeki? aku berkerut muka untuk mencari konklusi.

kisah bermula setelah kepala cerita berderet macam isi sudah aku baca diatas. haha

mimpi kerana aku sambung tidur, biar kerja diketepikan. mana tak salahnya, kerja yang patut pergi pagi, pukul 10 jua baru nak bangun dari kamar. apa jadahnya begitu.

tapi yang ini sepasyel katanya orang indonesia adalah kerana mimpi aku bangun nak pergi kerja, aku rela sambung tidur balik semata-mata untuk sambung mimpi aku yang lalui malamnya itu. bangang apakah itu?

aku mimpi apa sebenarnya? yang pasti bukan mimpi basah hanya menghiburkan hati aku di dalam mimpi itu. kalau mimpi basah, bangun pagi, mandi wajib la answer nye. tak kisah la apa tajuk nya mimpi itu, yang pasti aku rela pergi kerja lewat kerana mimpi itu. wahh. macam mimpi itu bagi aku cash 5000 ringgit malaysia saja.

cubanya aku tak buat lagi, sebab pergi kerja, aku tak pandai nak menipu, baik jenis orang sebegini katakan. wakaka.

Sunday 10 March 2013

gua rasa benda ni memang berluas-luas berlaku, dan amat tipis dan sedikit berkemungkinan lari dari landasan seperti ini, itu hanya pada pandangan gua sahaja. bila kenang kembali gua zaman muda budak dahulu kala, gua tersenarai dalam kategori ini, memang tak lari teruk la dari landasan ini. cuma biasan pengaruh sahaja. huhh.

 

ambik ini sepukul:

 

 

 

 

budak sekolah

 

gua rasa masa sekarang ni, era ini, abad ini, budak beringus yang dibangku sekolah, memang seiring macam ini, tengok pada pengalaman gua pandang-memandang budak-budak sekolah, even though gua tak nampak secara mendetail. tapi boleh agak dah. tapi yang budak skima rambut belah tepi atau belah tengah tu, kasi respect sikit. kalau mereka ulat buku tu, dapat sikit menyejukkan mata pandangan ibubapa mereka.

 

kalau boleh, jangan seperti apa yang digambarkan, tapi dahkalau memang tak boleh elak, cuba-cuba la cari dukun-dukun. dukun? kaunselor sepatutnya.

 

gua taip sambil layan game badminton. lee chong wey vs chen long.

 

gua fikir balik, tengok gambar renung jauh-jauh, bukan setakat budak sekolah je, gua rasa yang di IPT pon masih lagi bawak paradigma sebegini. iye ke?

 

gua ambik lagi pengalaman gua, memang berlaku lagi. malah gua rasa lagi teruk ada la. tapi ingat, tak semua. gua kot. hehe

 

kena pulak lecturer bagi assignment then tarikh hantar tetap. perghh malam sebelom hari penghantaran assgmt tu la baru dibuatnya. macam ada bunyi skill gua pulak.

 

adik-adik yang masih di peringkat rendah, maka ambil la inisiatif supaya ia tidak terbawa-bawa. yang dah boleh jadi/bakal ibubapa budak tu, sila-sila la berubah. menyesal di bahagian akhir, memang memeritka. gua pon sama jugak. ada la jugak menyesal, tapi nak buat macam mana, dah hisap rokok kan. terpaksa la hingga habis sebatang, rugi nya nanti, bab kata member gua yang beri nasihat.

 

gua pon terus pergi tidur.

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!