Sunday 29 September 2013

tersilap apakah?

tunggu aku ceritakan. kisah ini sudah lama, aku pun tak pasti sangat tahun berapa, yang aku ingat aku bersekolah rendah dan musim cuti sekolah dan juga bulan puasa. jadi dengan keboringan aku kat rumah, aku men request kan kat mak aku untuk balik ke kampung nenek aku seorang diri menaiki bas. mak aku approved. pendekkan ceirta.

semasa aku sudah berkunjung dan tinggal kat rumah nenek aku ni, memang sunyi sikit, hanya ada nenek dan sepupu aku je la. sepupu aku ni dijaga oleh nenek aku sejak dia masih kecil lagi. masa seharian aku bermain dengan dia la, dengan sepupu aku, lelaki.

pakcik aku kalau tak silap, tiada kat rumah, masih belajar kat IPT lagi kot time tu, rapat jugak aku dengan pakcik aku tu. atuk aku ini tak sempat aku bertemu, katanya mak aku, atuk aku ini pergi sejak aku belum dilahirkan lagi. jadi memang tak la aku menengoknya.

atuk dan nenek aku ceritakan ini adalah sebelah mak aku, yang entri aku ceritakan pasal nenek aku, itu belah abah aku.

kena pulak time aku balik kampung tu, musim budak-budak main guli, baling-baling guli tu, macam la tak pernah main. aku kalau kat rumah aku tu, boleh dikatakan aku kaut semua guli bila ada yang bermain dengan aku. lebih kurang aku ni propesonal jugak la kan. kembang hidung tak bernada aku kejap.jadi aku dengan sepupu aku ni jalan kat sekitar kampung tu dengan bekalkan segenggam guli dalam poket seluar.

part yang aku nak kata aku tersilap adalah bila puasa mesti nak berbuka kan, jadi nenek aku ni suruh la aku beli ayam bakar percik. istimewa katanya untuk aku, nak buat sendiri serba salah, seketul je. jadi aku dengan sepupu aku ni menjalankan operasi untuk pergi beli lauk itu.

sebenarnya nenek aku tu dah bagi tahu kedai yang sepatutnya aku tuju, tapi mungkin aku yang tersalah tuju itu sebab aku serbu kedai lain.

dalam pukul 4 petang, katanya nenek aku, pergi la awal-awal, booking dulu sebab nanti petang terus boleh ambil, sebab ada 2,3 kedai yang menjual makanan dan ada ayam bakar. aku terus dengan sepupu aku keluar menuju destinasi. sampai dan booking, bagi tahu makcik itu, petang nanti saya datang ambil. settle.

balik rumah nenek aku tu, ditanya oleh nenek aku, kedai mana, dan kat mana. aku beritahu segalanya detial. dan aku diberi muka berkerut dari nenek aku, sebab kedai yang aku booking tadi salah dengan kedai nenek aku bagitahu. setelah aku kena muka berkerut nenek aku, nenek aku ni tak berkerut lama, lalu dipujuknya aku dengan nasihat supaya lain kali berhati-hati dan pasal ayam bakar tu tak mengapa la, janji boleh makan tapi tak seberapa sedap yang kedai nenek aku bagi tahu awal tadi.

le[as tu aku sambung aktiviti aku main guli dengan sepupu aku tu. kerutkan wajah nenek aku beri tadi, tak menjejaskan kepropesonalan aku dalam bermain guli.

bila dah petang lebih kurang pukul 6, aku dengan sepupu aku ambil ayam bakar yang telah dibooking tadi, tiga ringgit je. time tu tiga ringgit bagai wang yang besar. sudah

habis settle ayam bakar aku tu bila time berbuka puasa.

*gambar hiasan, gambaran ayam percik aku beli dulu macam ni la.

kisahnya ini aku sebab terfokus sangat apa yang nenek aku bagi tahu,sibuk main guli katakan. tapi memang tak aku tak lupa kerutan dari nenek aku tu, sehingga kini adalam kepala aku. love my nenekku.

nenek aku yang ini baru sahaja pergi kerahmatullah, kalau tak silap, bulan 9(, al-fatihah buat arwah, semoga beliau ditempatkan bersama orang—orang beriman.

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!