Tuesday 18 February 2014

IMG_20140221_160232

 

ni sebenarnya hasil dari member aku yang berderak atau bercuti di indonesia, tang mana depa pergi aku tak tau la, tapi yang okay, ada member aku sorang ni bagi sekotak rokok dunhill from indonesia ni. alahai baik nye member aku ni, dari awal lagi aku dah tahu yang dia beli rokok ni banyak, ada la, nak kata 2,3 kartun tu, mak aii. kiranya aku dah jeling menjeling la rokok yang dia bawak balik ke malaysia ni.

dan aku nak review pasal rokok ni, mungkin juga review aku ni berbaur dengan peribadi aku.

dari segi fizikal rokok ni tak nampak sangat kepelikan tapi perbedaan jelas kok nampaknya, terutama saiz kotak dan juga putung sekali. dah memang la, kalau dah putung saiz lain, maka kotaknya pun saiz lain la. inferens tu, sains darjah 5 jap. dia agak menyerupai kotak rokok gudang garam, suria. putungnya pun seolah olah anak tiri rokok gudang garam.

dari segi kesedapan, mak aii. pelik benor yob rasa, seolah olah ada kretek. kretek tu apa? secara menyeluruh la, memang tak bebebeberapa sedap dan kenikmatan tak mencapai tahap yang diingini, setakat nak main asap boleh la. tak boleh lawan yang malaysia punya. tiptop nikmat, sampai filter pun terbakar skali.

putung nya nampak panjang sebab dia punya filter pun panjang, ala macam rokok suria. huhu tak sampai setengah dah meniarap kat bumi, kesian. tak habis sekotak, aku dah tungtung dengan member kat tempat kerja.

yang menjadi kehairan aku ialah, pada hujung minggu, aku macam biasa aku akan melawati member aku kat nilai, serdang dan ampang. dan juga tengok timing kalau kesempatan. sebab aku dari gemas n9 ni beb. dah la dengan kapcai je. tapi bukan jarak aku nak ceritakan tapi bab rokok ni. aku macam biasa la buat baik dan lurus mempelawa untuk bagi rokok ni kat diorang. 2,3 orang je ambik dan menikamtinya, yang lain pandang dan menjeling je kat kotak rokok. depa ingat ape, rokok seludup ke? aku macam frust tapi bila satu hari aku tinggal rokok tu kat depan tv, nampak jugak kekosongan dalam kotak tu.

bersangka baik, mungkin diorang malu kot depan aku. hahaha

 

IMG_20140221_160245

Thursday 13 February 2014

20131122_154949

 

20131122_154952

 

20131122_154955

ini adalah gambar gambar yang sempat aku snap di area mana ek kat sini, aku pun tak pasti, jadi lokasinya aku explain kan. aku tertarik sebab bukit bukau dan suasana kampung, malahan cerung yang dalam di samping ada tempat pertanian atau plantation gitu.

aku sebenarnya dari Kuala Pilah, kira ikut LEKAS, akan melalui jalan bukit putus sebelum jumpa simpang ke senawang dan ke mantin, pajam dan nilai. area ni lepas sikit pada simpan masuk bukit putus, tapi bukan masuk bukit putus. ada selekoh sikit dan akan melalui jalan menuruni bukit dan disitu la tempatnya.

aku stop kejap kat tepi jalan semata mata nak ambil gambar, curam yang dalam tu kat tepi tu. tapi ada guard rail kat situ. lepak jap sambil john merah sebatang, cukup la layan kepala sikit. haha.

sekarang bila aku dah stay kat Gemas ni, aku dah jarang lalu ikut jalan ni, ikut jalan PLUS je.

IMG_20140217_005316

nike branded nama spefisik aku tak pasti la, kalau tak silap, field trainer. aku beli kat TS (times square) dengan juga aku membawa tunang aku, keseorangnya tiada aku bernafsu nak memilih kasut sebegini, kais pagi, makan pagi, kais petang sebulan makan. ye ke?

harga rm199, aku tanya pasal promosi kat pelayan kat situ, mulut tarik masam, yang mana nak menunjukkan kat aku takde diskaun, aku membalas dengan neutral je, mengangguk kepala je. tunang aku sebenarnya yang pilih kasut ni, aku sebenarnya cari kasut yang biasa biasa saje, nak buat jalan-jalan kat bandar gitu, sebab kena sound kat tunang aku, sebab keluar dengan dia pakai selipar je, siap cakap ingat nak pergi kat site ke. aku tunduk kepala.

sesi try saiz kasut, aku cuba saiz 9. perghh separuh kaki je masuk, masuk tunang aku buat muka sampai kening jadi berkerut, aku senyum sambil main main tali kasut, pelayan kat situ, senyum sambil tutup mulut, nak je aku jeling marah kat pelayan tu, takut tunang aku ni sangka lain pulak, redha je la aku.

saiz yang 10 pulak, pakai okay, sambil jalan sikit kat cermin yang kat bawah lantai tu, nak reflect gambar kasut gitu. tapi tunang aku komplin sebab katanya nampak macam ketat, terusnya nya minta dengan pelayan tu saiz 10 setengah, pergh dan terus bayar, sampai aku termenung jap kat bangku ala sofa tu, aku buat tak kisah la, janji dapat kasut baru.

time bayar, aku dah bersuka ria dan girang dapat kasut baru tapi sampai kat casher tunang aku bagi rm50 je, selebihnya aku kena tambah, aku muncung sampai ke kereta. huhuhu

Friday 7 February 2014

ini punya kisah gua ceritakan ketika gua balik dari kerja, memang langsung terus, takder nak fikir dan gelak seketika punya. pendek cerita punya gua jalan.

ini pasal helmet gua, visor macam longgar. gua pakai helmet murah jer, MS88 siapa yang naik motor EX5 buat rempit ke sekolah mesti tahu la. tak tau, ni mesti kaki pakai helmet APOLLO.

*gambar hiasan, tapi model dan kaler macam ini gua punya.

 

padan la dengan gua pekena untuk LC135 je, bukan superbike, nak layan SHOE dan seangkatan dengannya memang gua tak mampu, mampu pun boleh paksa tapi gua memang tak nak paksa untuk benda itu. just setakat untuk sarong kat kepala dan jumpa abam polis kat roadblock dapat lepas.

 

tidak senangnya gua pada helmet gua ini ialah visor dah longgar, maklum lah seingat gua helmet itu berumur dah hampir kurang 2, 3 tahun jugak. ye ke? pernah dulu visor yang longgar gua baiki dengan tukar skru pengikat. tak tahan lama, tak sampai 2 tahun, terus tenggantung balik. 2 tahun?? gua kenyet mata sambil berfikir seorang diri.

 

masa nak pergi ke tempat kerja memang gua dah rasa dah tapi gua memnornalkan diri. skru hanya satu je yang mengikat visor terhadap helmet itu. jadi gua terpaksa la kontrol diri untuk menyamakan visor dengan helmet, kadang-kadang depan awek, gua kontrol habis-habisan.

 

ingat waktu balik gua buat keputusan untuk balik ke tong sampah. tak dua tiga kali membenakkan kepala gua. dah sampai masanya untuk dia pergi mengadap sampah sarap. dan gua juga nak bercadang nak angkat yang baru punya. yang lebih cun dari MS88. koyak sikit poket aku bulan ini.

 

masuk je ke jalan apartment tempat gua sewa, ada la satu tong sampah yang 1x2 meter kot, bukak tali helmet, terus baling ke tong sampah. tapi malangnya gua tidak menepati sasaran dan helmet itu tergolek ke sebelah kiri tong sampah.

 

ditengok orang berhampiran kat gua maklum lah, gua baling tu time gua tengan tunggang motor, ada la dalam 10km/h. berdentum jugak la. tu yang mengalih pandangan orang kat sekeliling situ.

 

gua selamba buat bodoh sambil buat muka tak bersalah gua pulang dengan rasa secubit malu sebab baling tak masuk tong sampah.

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!