Thursday 7 August 2014

sejak akhir akhir ni, aku sudah kemarut dengan kegiatan pengambilan gambar ni, atau lebih dikenali sebagai fotografi. ini kesan daripada aku penah pegang sikit sikit kamera abang aku yang mana kamera nikon D80. aku survey, ini adalah antara model yang lama, yang mana aku merasakan tak ada produce lagi buat masa sekarang.

meninggal nya aku dalam aktiviti fotografi hampir dua tahun lebih lantaran ketiadaan masa untuk bergolak dengan kamera dan scene, jadi aku left offf.

awal tahun 2014, aku rembat HP xperia Z1, lantaran aku pikirkan sekiranya aku beli HP ni dapat 2 fungsi yang agak menarik bagi aku, sebagai alat kemunikasi dan pengambilan gambar, sedia maklum yang mana xperia Z1 ni mempunyai megapixel 20.7. jadi agak melecun jugak hasil penangkapan gambar yang dibuat.

semakin hari semakin aku menelaah tetang fotografi ni semakin gila aku dengan pengambilan gambar ni.

aku lebih suka kepada street fotografi walaupun agak janggal dengan mengambil gambar dengan public. sungguh seni yang mana dapat menganmbungkan dengan banyak elemen, yang hidup mahupun objek mati.

landscape, juga tergolong dalam minat aku, dengan panorama yang menyegarkan perghh, menyelerakan hati dan sanubari.

macro, pernah minat, time guna gear nikon dulu, sebab memang top ambik gambar micro guna DSLR ni.

dan ada jugak yang types lain, yang mana ada juga kecenderungan. tapi dalam kepala aku sekarang street photography. perghhh. tapi aku seorang yang amatur, atau bawah amataur. ambik gambar pun noise lagi. hahaha

 

azriffko 1596

Man alone with empty chairs

 

azriffko 1587

A Group of workers

 

 

always search absurd moments and do not afraid spend film,don't afraid to fail.

Thursday 10 July 2014

membangangkan adalah aktiviti yang kurang enak bagi aku, apatah lagi membangdingkan kebangangan ini dengan dua insan yang bergelar manusia. halus dalam kalbu aku, halus lagi kias dalam jiwa aku.

kisahnya bukan trajedis berdarah mahupun keberkorbanan nyawa, hanyalah secubis rasa kurang enak dalam diri aku, seolah aku ini basikal tiada brek, yang mana hanya brek dengan tapak selipar sahaja.

ini berkenaan bab civil construction, okay. aku jelaskan.

lebar sesebuah plinth, atau tapak ialah 2400mm dan panjang 4200mm manakala tinggi 1170mm. aku malas nak kisahkan bab panjang dengan tinggi, sudah memadai dengan lebar sahaja, iaitu 2400mm.

ini main story, nak pasang rebar untuk plinth ini, spacing untuk area lebar ni adalah 200mm, center to center. manakala concrete cover 100mm termasuk kiri dan kanan, maknanya 50mm sebelah. jadi hanya 12 batang sahaja lah perlu di pasangkan. betul tak?

jalan pengiraan:

2400mm(lebar)-100mm(concrete cover)=2300mm

2300mm/200mm(spacing)=11.5

11.5 dimaksudkan dengan jumlah batang besi rebar. ada ke bilangan besi separuh macam tu? jadi kena la bundar menjadi 12 batang.

maka hanya 12 batang je lah perlu dipasang.

*****

dengan wakil TNB ini tidak puas hati dengan aku, dia nak dengan keputusan dia, yang mana 13 batang perlu dipasangkan. yang mana pengiraannya tak tolak concrete cover. bangang apakah ini? setahu aku dia kerja dengan TNB ni dah 4 tahun dalam bab civil ni. jadi mengapa dia selitkan kebangangannya pada situasi ini. dah la bulan puasa pulak ni.

kena pulak dia punya engineer TNB(civil) ada sekali, jurutera pulak girl, umur lebih kurang je, cuma lebih sikit je kot. aku tengok macam tak der power je, walaupun girl tu level jurutera. maklumlah girl kan. aku dah kelip-kelip mata dah sikit girl tu, huhu

memang aku nampak, dia ni kena tarbiah sikit dengan jurutera tu, sampaikan kes ni diterima ke bos aku. bangang betol la. bos aku dung dang dung dang kat aku, maklumlah, Clerk Of Work merangkap juga supervisor. kena tarbiah juga aku dengan bos aku ni. aku sabar je sambil menjawab panggilan bos aku dengan ye ye ye je bos.

aku tutup kes, sehingga malam tu, aku tarbiah sikit jurutera tu melalui wasap. biasa la tarbiah wasap tengah malam ni, ayat tu yang kurang lembut, lembutkan sikit. huhu lepas tu, dia decide yang dia akan merunding dengan dia punya technician supaya mengubah apa yang dia decided tadi. jadi aku akhiri tarbiah aku dengan jurutera ni dengan selamat malam, settle.

aku lega sambil perut memanggil nasi goreng kampung dan telur dadar, kena cari kedai makan dulu la.

simple-sailboat-6605

Monday 7 July 2014

kisah aku makan malam, yang mana, aku order air kosong tapi dia just tengok aku dan blah, aku ingat dia nak pergi ambil pesanan aku tu, tapi sampai ke habis makan aku tapi dia buat bodoh je, aku perhatikan dia sebenarnya, ingat aku jeling-jeling kosong ek.

baru sampai kat kedai makan, aku order la macam biasa, nasi goreng kampung, telur dadar dan air limau ais. lepas order belek HP bukak fb, tengok notifikeasyen.

makanan sampai dulu, tang tu dah menjadi ketidakanehan dah sebenarnya, biasa air dah nak habis separuh baru sampai makanan, petanda mungkin ada kaitan dengan pesanan air kosong aku ini terbantut. teori apakah ini?

bila sampai air limau ais tu, aku pesan la lagi air kosong, aku pesan sebab aku tengok pelayan yang lain dari yang mengambil pesanan tadi, itu sebab aku pesan lagi, kalau yang pelayan tadi jeling masam kat aku, aku tak kisah sebab mungkin itu seolah-olah dia ingat aku permainkan dia, tapi pelayan lain.

lepas aku pesan air kosong, dia buat muka terkejut, aku buat bodoh jela. aku tengok je gerak geri dia, nampak macam melencong ke lain, memang tepat, dia singgah di meja hujung, pastu ada seorang lelaki. dalam kepala aku, dia ni pelayan ke, kastemer kedai ini? atau pun pelayan freelance.

aku macam acah tak acah nak makan sebab tak de air kosong, paham paham je la masakan producing dari thailand ni, ajinomoto banyak sangat. mana tahan kalau ayer sikit.

aku tak kisah la mungkin dia ada problem dengan laki tu, aku biar dalam beberapa minit, dia melangkah masuk ke area kedai tu, nampak macam buat kerja. lepas tu, dia selamba duduk dengan seorang lagi pelayan, bangang aku menunggu. sampai habis makanan aku makan, tiada respon untuk air kosong. bersangka baik dalam kepala aku, mungkin air kosong habis kot, atau tengah masak kot.

*pelanggan tetap hasil daripada service yang bagus diberi

 

simple-sailboat-6605

Sunday 6 July 2014

Kali ni aku nak review tentang makanan yang ni pertama kali aku jumpa dan makan. Mungkin juga makanan ni sudah biasa berada di tempat anda. Ni pun aku jumpa kat bazar ramadhan kat TF gemas. 


Dikenali sebagai kaya ball. Yang mana dibuat dengan dua elemen iaitu tepung gandung dan kaya je. Kot.. Tah la adunan tu aku tak tahu la sangat. Yang aku tahu, cume makan je.

Bentuk yang bulat kecil dan comel. Macam makanan yang nama jepun tu. Aku tak ingat la apa nama makanan jepun tu.

Rasanya boleh tahan la sebab ada manis kaya tu. Yang kaya tu sebagai inti je.aku ingat dia dah adunkan tepung tu dengan kaya skali. Sebiji tu, sekali makan je. Tah tah 2 biji pun boleh buat sekali makan je.

Aku beli haritu rm2 10 biji. Boleh la dijadikan kuih untuk berbuka puasa. Tu pun dah kenyang dengan kemanisan.perghh.

Tapi tak boleh fight dengan kuih akok. Mabeles.



Ni la jenis aku. Style pelik pelik je. Kadang kadang melebihi paras normal walau masih terikat lagi dengan normal. Paham tak? Bermakna didalam kumpulan normal tapi lebih sikit. Ala lebih kurang la normal ke tak normal. Jangan jadi ia masalah.

Kisahnya. Aku mula amalkan makan telur diwaktu pagi atau breakfast. Nak juga aku makan telur masak separuh yang mana kebiasaan orang makan dalam mangkuk tu. Dua biji macam gitu la.tapi ia tidak dapat aku sentuh dengan kejeliroan aku. Mual.

Akhirnya aku mencuba telur mata. Yang macam dalam gambar tu.aku buang telur kuning.katanya abang aku tak bebeberapa elok untuk build body. Jadi terpaksa la aku buang. Rasa macam ada mual tu. Aku campur je dengan kicap manis sikit. Eh kicap tu manis ke masin? Tah la aku pun tak ingat.

Pada awalnya. Perut muda aku ni susah nak terima. Asyik kunjung mengunjung tandas je. Bila dua tiga hari selalu makan jadi dapat lah kewarasan dalam perut aku.

Biasa dulu. Pagi pagi lagi aku dah rembat nasi lemak telur dadar dah. Macam mana nak diet kalau tang tu. Lemak membiak dengan suka ria. Jadi aku tukar habit tu kepada yang lebih elok sikit. Bukan bermaksud makan nasi lemak itu tak elok tapi pengambilan dia tu.

Bila dah puasa ni. Aku hold makan makanan rancangan. Supaya dapat energize dengan lengkap. Lepas puasa start balik.

Saturday 5 July 2014

 

IMG_20140504_123617

 

kali ni aku nak buat review je pasal power bank aku beli kat TS a.k.a times square, harga boleh tahan la rm60 je, tapi sekarang dah menjunam turun woi rm45. ye ke? beza dalam 2,3 bulan je. ke memang macam tu gadget seperti ini?

dulu pernah aku beli yobao tu yang 10000 mah rm60 jugak selepas dapat nego dengan tokey tu dan aku beli yobao ni kat uptown wakaf che yeh je. biasalah barang selam timbul. tapi yang pineng ni aku beli yang ori, siap ada waranti 1 tahun.

dulunya aku beli untuk tab samsung aku, tapi dengan 10000 mah yobao tu dapat sekali cas je tu pon tak penuh tapi power bank dah habis bateri dah. tab kalau tak silap aku dalam 7000 jugak dia punya bateri kapasiti. yang latest aku beli ni untuk new hp aku, sony xperia z1. boleh la aku snap gambar banyak banyak.

dengan 10000 mah pineng ni, aku dapat cas 5 kali kalau tak on mobile data atau wifi, dan juga kali ke-5 tu bateri hp tak sempat penuh la. kalau on data mobile, yang pernah aku try la, dapat 3 kali je. okay la stakat ni.

ni pun tunang aku yang paksa suruh beli, tapi guna duit aku. nak bermanja betul.

Kuih Akok( dah tinggal 3 keping dah, baru nak snap)



Tah la memamg menjadi keinginan bila datangnya bulan puasa dengan kuih akok ni. Orang kelantan tak tahu kuih akok better cari gua dan duduk dalam tu.

Akok sejenis kuih made dari telur dan tepung. Perghh. Bermacam macam jenis, akok bunga, akok dopot, akok nipis dan ade lagi. Yang lagi kalau nak beli time dia buat tang tu jugak. Baru boleh yang betul betul fresh dan panas. Perghh meleleh ayaq liur.

Kisahnya bermula ramadhan, first berbuka puasa aku kat KL,setapak kat rumah tunang aku. Invited katakan rasa tak elok pulak nak menolaknya, jadi singgah aku kesana tapi nak aku kisah ni adalah aku marathon kat bazar tu, kat danau kota tu, aku nak cari kuih akok, bersama tunangkan. Lelama aku jalan meronda, ada satu kedai je yang jual akok, itu pun dalam talang atau neka je. Ingatnya aku nak singgah beli, dah tunang aku ni lelaju berjalan, jadi melepaskan sudah hajat yang diidamkan.emm

Kisah kedua pasal kuih akok ni, kat bazar di kem askar gemas, near TF. Jumpa jugak aku dengan kuih akok ni. Satu gerai je. Kecik je gerai dia, sekali dia jual dengan kuih puding. Didapati tak ramai sangat yang singgah, mungkin orang lain tak sangat meminati kuih akok ni. Aku apatah lagi. Singgah dan tanya pasal akok ni. 3 keping rm2. Dan aku tidak terkejut beruk la sebab memang kuih akok ni dah mahal lantaran telor mahal. Jadi dengan keinginan tinggi.beli la rm4 , 6 keping. Cukup sudah untuk melepaskan rindu nak makan akok ni.

Ni dah 2,3 tak makam kuih akok ni.emm kena pergi cari ni.


Tah la kenapa sehari dua ni aku macam xde mood nak makan nasi time berbuka. Dah tiga hari dok bahang martabak, roti john. Dua tu je. Bukan xde duit nak beli makanan lain. Tapi kejeliroan tu tak menimbul.

Tapi kelainan sikit hari ni. Aku pekena bubur ayam atau lebih kurangnya nasi air. Sebenarnya sebelom puasa lagi aku dah try benda alah ni. Bolah tahan rm2:50 je. Satu cup. Dia ada jual ayam goreng rm3 padahal sebelom puasa rm2:50. Emm tang mana aspek yang boleh naik 50 sen tu. Walhal baru je kot puasa. Kos sara tinggi kot. Ade kaitan?

Dengan malas aku marathon kat bazar ramadhan. Jadi depan arean taman tempat aku tinggal je la aku kakiton. Malas la nk pergi bazar, memang banyak pilihan tapi keberkenaan aku terhadap sesuatu barang tu yang menjadi hal. Duit nombor dua walaupun efek. Efek bukan ape pon. Mahal. Sedap dan kuantiti je.


Sebenarnya aku nak mentahkedarah
Martabak lagi tapi kuahnya macam air.emm punah harapan aku nak mencekik martabak. Sebab satu kedai buat macam tu.aku boikot satu area situ.haha



Real gambar aku mencekik.

Tapi tu la. Sejak bermenjak ni jeliro aku untuk berbuka puasa hanya yang simple je. Disamping mengurangkan kadar inflasi aku ni.emm makanan boleh inflasi? Masuk dalam perut dan keluar ikut tutttttt (censored). Air minuman pon lebih kurang je. Kalau bukan cendol, air 100plus
Tu je. Takde nak try air kathira ke ape ke, tah la.

Ape apepun janji halal dan tidak memudaratkan aku bile selesai berbuka puasa.


Nahh ambik..skali makan nasi, hilang la nak diet tu. Kedabak oi.banyak gitu more bab kata ore kelate.

Aku konlusikannya bahawa ini adalah 2 dalam 1 kerana ia untuk berbuka dan bersahur.maklum lah aku ni pagi pagi tak lalu atau tak jeliro nak makan pagi. Proved. Yang first aku puasa, aku makan nasi pagi, mak ai. Paksa memaksa aku dibuatnya.emm

Tambahan lagi, ni adalah koveran dari aku tak makan nasi sudah dua hari. Sebelum ni aku mentahkedarah makan kuih je plus air. Air yang selalu aku sedut air cendol yang rm2. Yang rm3 aku tak sedut,mahal.huhu

Last but not least, sebanarnya niat aku nak makan telur dadar dengan sayur kailam ikan masin je. Sekali pikir lapar terus order benda ni.haha

Motto: makan jangan tak makan.haha

Sunday 22 June 2014

 

DSC_0123

 

Nampak tak apa yang nak aku kisahkan? berdasarkan gambar tu. emm tak yah nampak, aku panjanglebarkan jap lagi.

 

kisahnya ialah batu ballast, ye la batu yang kat atas tu la. ini berbeza dengan batu hardcore atau crusherrun. budak konstruksyen tahu benda ni. kalau tak tahu, balik semula sekolah dengan “Tukang”.

dalam ertinya Tukang tu.

sebenarnya ni batu untuk dipakai di tapak kerja yang kerja sekarang ni. biasa la tnb. korang pernah tengok PMU atau pencawang masuk utama. kat daerah kecil-kecil sebab benda ni kat bandar besar jarang jumpa. kan pencawang tnb tu kat area struktur dengan kabel-kabel tu ada area kat bawah tu kena isi dengan batu.

kisahnya dalam BQ atau bill of quantity nak saiz 40mm. haa pasal 40mm ni ada kisahnya pula. aku kena pergi kuari. cari batu ni. dibawa bersama wakil TNB. pertama kat gemenceh,n9. batu ada tapi yang dikehendaki takde. ada saiz 30mm dan 50mm. almost saiz yang nak la kan.

kedua aku pergi kat kemayan,pahang. satu kuari tu. pergh hampir 3kilo masuk ke kuari dari jalan raya. aku pun tak tahu sebenarnya yang kuari tu punya lokasi macam tu. kena pulak time tu, aku pergi dengan supervisor main-kon dan keretanya sekali.

dipendekkan, habis kereta nya berdebu katu dengan jalan lori bawa batu keluar masuk kat situ. tapi disebabkan dah sampai dia pun macam serba salah jugak. takkan nak balik, hampir 2 jam jugak kalau tak silap aku untuk kesana. dalam kepala aku time, kalau dia dah tahu dengan keadaan macam ni, tak kesanggupan dia nak bawa kereta dia tu.maklumlah kereta dia tu baru ambik(baru). sorry bos, mr.bathumalai.

sample batu kat sana aku ambik dan ngam saiz 40mm tp itu bukan batu ballast tapi batu hardcore. TNB semestinya taknak. kompom.

dan kisah ketiganya, bos aku suruh survey kat segamat. perghh takde makna nya aku nak pergi kesana. jadi dengan bermacam alasan, sehingga lah bos aku mengalah dan merunding ngan pihak tnb pasal batu kat gemenceh tu. saizz 30mm dan 50mm. diringkaskan. maka agreed la pihak tnb.

ada satu lagi kisah dengan kompany batu kat gemenceh ni. tapi aku malas nak story sebab tak baik aib kan kompani. hahaha

 

contohnya macam batu kat dalam gambar tu. gambar ni tempat aku kerja.

P3120006

Friday 13 June 2014

DSC_0083

haa, terliur bukan dengan hidangan mabeles ni, simple murah dah menghilangkan rasa lapar. aku nyatakan harga dulu, nasi lemak plus telur dadar, rm1.70 dan air teo panas rm0.70. begitu bajet dan save gaji aku, boleh dikatakan setiap hari aku sentap sebegini.

lokasi di gemas, area kuaters kilang lantun kat pasir besar. siapa orang gemas mesti tahu area ini dan orang pasir besar berkemungkinan tahu gerai ini, kecik je, aku terlupa nak snap gambar gerai ni.

bayangkan lah tak sampai pukul 9 lebih (pagi), aku dah layu mata dek muat makan untuk breakfast ni. kenyang beb, air aku request kurang manis, sebab aku minum sebelum ni air nya boleh tahan tahap manisnya. biasa orang order nasi lemak telur mata kobau(slang nogori), tapi aku telur dadar, lantaran takleh makan telur yang tak bebebeberapa masak ni. apatah lagi telur masak separuh. huhu cari nak muntah kejadahnya.

tapi tak sampai pukul 10 pagi, nasi lemak dah habis, aku pernah kena, sebab aku datang lewat kerja, jadi macam biasa la request nasi lemak telur dadar, sekali dia lambai tangan dengan senyum sinis, dengan gitu aku dah tahu la maknanya apa, aku beredar sambil muka frust dan perut berkerokkan.

tapi sekarang aku dah berkurang makan sebegini belah pagi sebab aku dah berdiet, huuu berdiet bak hang, jago tubuh naa, nak kawen katakan. haha

aku review sebab murah dan boleh tahan rasa nikmatnya.

Monday 9 June 2014


DSC_0012DSC_0013

Dalam gambaran ialah usop, pekerja aku dan juga dikenali sebagai expert worker yang mana merangkap sub-kerja dengan kompany aku kerja, tapi kedekut jugak orang nya walaupun dulu kala aku benci karenah dia.


tapi bukan pasal dia nak aku bicarakan kerana yang utama ialah tanah tu.


kalau nampak dalam gambar nombor 2, yang sedang hacking tu atau breaking tu adalah tanah dan bukan batu. dan baru ke gambar nombor 1 iaitu menyikul(dalam slang kelantan) atau menyodok tanah untuk keluarkan dari lubang itu.


kedua-dua dalam gambar itu adalah dalam building maksudnya lantaian.


tapi ada kesalahan dalam gambar tersebut. sefaty helmet tak pakai. macam aku ni safety officer la pulak. ingat aku ni kogelan(safety rep) ke.


moral of the story ialah pakai pakaian keselamatan semasa bekerja.


bak kata kogelan:
“selamat bekerja, bekerja dengan selamat”

Tuesday 3 June 2014

DSC_0014

Wak jalani atau second name is harabak, dengar kata nak tukar nama lagi bila buat permit baru, siap bagi tahu aku lagi apa nama yang nak dia pakai nanti, nak tahu? Abdul Halim. haha begitulah celotehnya disebalik tirai seorang pekerja buruh binaan yang mana dapat dikategorikan dalam golongan mahir yang mana pernah mengambil sub dalam bidang pembinaan, dengan kabar baru baru ni baru sahaja settle bangunan kat johor bharu.

kisah kali ini review wak ni, adoi ya betol, ada suatu hari, hujan lepas berserta angin meniup sana sini dan tidak ketinggalan guruh dan petir menyambar dikala selitan guruh. aku ingat lagi time ni dia sedang bekerja lagi, tambahan lagi dia buat kerja dalam bangun tapi pintu open la, besar pulak tu pintu, jadi angin kencang tu dia rasa la.

aku ada 2 workers ni yang mana selebihnya sudah ditransferkan ditempat lain kerana ada kerja lagi kat sana, jadi tinggal 2 je, untuk kerja clearing defect untuk kerja civil.

sambung semula, seperti yang dalam gambar tu, wak sedang menyorok ketakutan akibat petir kedengaran begitu kuat, mana tak takutnya sebab aku kerja ni area pencawang elektrik, pencawang TNB. walaupun semua struktur mempunyai wayar earthing, tapi dengan bunyi petir yang kuat tu menyeramkan la jugak.

dengan ketakutan, wak mencelah masuk kedalam post guard, yang mana jaga punya port. aku kelam kabut sebab banyak lagi kerja yang perlu disiapkan sebab nanti ada audit, mampus aku kalau tak siap. aku punya workers sorang lagi tah kemana, eh sorang lagi tengah clearkan barang-barang kerja. tapi wak dengan selamba lari sampai tinggalkan barang kerjanya, apa ke hal ni, barang berselerak kat sana.

hujan melebihi pukul 5 ptg, jadi diorang balik dengan girang sebab balik awal. aku jugak balik lewat sebab balik dengan motor, diorang dengan van, hujan tak henti lagi. emm

Tuesday 27 May 2014

 

P3120109

plan kat tempat kerja aku. area yang aku kena buat ialah dalam region yang berwarna tu. sikit je jah tapi punya lecehnya jangan dipertikaikan. huhh TNB oh TNB. tapi ianya fully kerja aku ialah civil ada yang electrical punya tapi others la buat. tapi first stage ialah civil kena siapkan dulu tu yang macam hampes tu. kena kejar yob kejar buat kerja.

tapi memang mematangkan aku bila kerja kat sini. hampir dikatakan semua nya kena follow specs, tak kira dari barang mahupun element lain. macam paip, perghh punya la susah nak cari kat gemas ni. paip pvc 6” class B. yang biasa ada class O je. kena la aku berdialog panjang sikit dengan tokey kedai hardware untuk mengoder paip tu. tu kisah paip je. yang lain emm

dapat pulak aku TNB represantative yang. huhuhuhu boleh tahan la. umur tak lah tua, dalam 2,3 tahun je dari aku. tapi emmm. bos aku kadang-kadang pening kepala. tapi mujur la time konkrit aku paw rokok dan tulis claim rokok untuk tnb rep. haha dapat gak rokok free. peter setevisen bro.

dapat safety rep. emm malas aku nak cerita. stress.

jaga yang jaga site tu okay la. boleh buat member. ala umur lebih kurang. kalau tua mahu bab politik diketengahkan.

banyak suka duka, tapi masalahnya site ni belum habis lagi dan masih lagi aku bekerja kat sini. haha perit jerihnya aku nak settle kerja kat sini. bila la nak siap. ni ada extension lagi katanya.adoiya.

 

selamat maju jaya.huhu

 

P3120001

 

P3120002

Monday 26 May 2014

_SC_0004

jangan nak sesuka hati je nak dismantle formwork tu, tengok spec dalam spec book yang ditetapkan. sebab ada yang memberi kesannya nanti, aku petik daripada tNB rep yang mana merangkap menjaga kualiti kat tempat aku kerja, tnb beb bukan buat bangunan biasa. kerja sikit tapi hal melambak dibuatnya.

walaupun ada kesan kepada progress kerja tetapi kena follow jugak apa kehendak owner ni. nak jaga kualiti kan. kadang kala workers aku ni ambik kesempatan atas kesulitan aku, mentang la kerja lain tertangguh sebab konkrit ni, diorang berjalan bergoyang kaki dibuatnya. sememangnya ada kerja lain tapi hanya lah minor sahaja.

formwork. bila dismantle ni, workers macam dah taknak guna dah kayu ni, dicabutnya mengikut nafsu serakah bak hang. cungkil sana, cungkil sini. kelembutan hilang terus dalam diri. aku hanya merangkap tukang tukang tengok, terpaksa la aku tengok je. kalau ikut bos aku, memang la, kalau boleh formwork ni nak guna 10 kali, kalau boleh pakai la. yang menjadi bebanan ialah pada aku, bila plywood rosak, aku jugak kena order. duit petty cash, tak runsing. order guna hp je pom. haha

paling aku takut pasal dismantle formwork ni ialah honeycomb. perghh ghairah beb kena sound dengan TNB rep sebab ada honeycomb. kalau boleh, lepas dismantle je, aku suruh workers aku touch up je terus. masalahnya time nak bukak la dia bercenguk kat situ.emm.

biasa kena komplain sebab kalau ada honeycomb, tak cantik, ada efek pada strenght beam.

workers pulak buang kayu merata-rata, tak pepasal aku kena jeling menjeling dengan safety rep. kena pulak worker sorang dua je indo, yang lain melayu. hishh disiplin workers melayu berbeza bak hang.

Tuesday 20 May 2014

IMG_20140317_183714

 

Mood tengah okay time ni, tu sebab berselfie, gua ingat nak ambik guna kamera depan je, tpi maklumlah kualiti kamera depan tidak memberansangkan jadi cermin kereta jugak gua balun. ni kereta member gua boleh juga dikatakan berkerja satu area dengan gua, alang-alang nak mengular tu, gua pinjam dulu kereta dia, motor gua ada je tersadai kat pondok jaga di tempat kerja tu.

 

ni area dekat rumah sewa gua la, taman jaya kat gemas. tapi yang pelik orang kat sini panggil taman jaya, padahal situ taman damai. emm. apakah ??

 

gua ingat lagi time ni sebenarnya jem kat depan tu, kereta depan gua dah bagi hon, tapi gua malas nak berpanas minda gelora hati, gua selfie je then upload kat fb, settle. sebenanrnya senyum sinis je tu yang mana nanti upload kat fb letak caption “selamat pagi”. pe kejadah, time tu pukul 11 lebih.

yang gua tak puas hati adalah, lupa nak bersihkan atau lapkan sikit cermin tu. berdebu degil gua nampak. mahu gua kelarje cermin tu.

 

barang yang terlibat:

-hp lenovo a706 (sekarang tengah nazak, touchpad rosak)

-baju POLO (pasar malam)

-kereta kancil

Monday 19 May 2014

lepas minum sangkut je, tak peduli la apa yang terjadi mahupun dijadikan, asal lepas tanggunjawab.

begini lah senario yang berlaku di tempat kerja yang aku kerjakan atau aku dikerjakan, lebih kurang lah. biasa gejala ini berlaku lepas waktu lunch yang mana sekitar jam 3 petang yang third rest, yang kerja dalam construction dia tahu third rest ni, yang berkemungkinan ada yang mengular terutama supervisor.

dan ini aku dapat pastikan, gejala ini bukan dari aku punya workers, aku punya workers tak buat benda sebegini cuma sangkut dalam setor barang je. ada bezanya jugak kerana ini exposed dengan pemandangan sekitar yang mana senang terlihat mahupun dilihat. workers aku terdidik dengan nilai moral supervisor nya, yang mana aku tak sangkut kat luar, aku sangkut dalam site office iaitu dalam kabin. aku tak sangkut kat luar, nanti kena rembat dek orang lain.

yang lagi kejelikkan, plastik berisi air ni masih lagi tergantung walaupun sudah memasukki hari ketiga, apakehal? yang mana hari ketiga ni aku dapati dalam plastik tu sudah mempunyai pati yang termendap. aku memandang itu, yang mana menunjukkan lamanya ia terbiar.

aku melaporkan dari site pasir besar.

Friday 16 May 2014


perghh,, kemas bak hang store tempat aku kerja, ini juga ada hasil titik peluh aku sendiri, kalau check balik kat tanah tu, ada lagi peluh aku tu. sebelum ni store ni memang sarang tuuuutttt, workers tahu nak guna, ambik then sumbat je sesuka hati mereka. dan ni pun kemas selepas bermacam skill paksaan dari safety rep.

ala, nak kemas ni je pun kan, 1 jam siap, tak gitu. 

tapi nak gather aku punya workers, punya la susah, "housekeeping" katanya safety rep, aku sebagai supervisa ni bukan taknak housekeeping sebab banyak kerja lain lagi sebab aku punya kerja pun nak kejar progress jugak. aku tahu sebenarnya kenapa nak kemas, sebab ada audit. aku dah intip dah. maka audit nak datang, bukan nak tengok safety things je, progress kerja. kan tak pasal-pasal aku pulak yang kena sound dengan tnb.

ni pun aku dan sorang pekerja, untuk kemas kan tempat ini, yang buat kerja, sebab aku taknak progress aku terbantut disebabkan yang ini, housekeeping ada buat kadang kala, kena safety rep datang lambat, apa macam? 

tapi apa apa pun, benda dah settle. audit pun dah settle, 5 stars dapat beb, kena pulak hari lepas audit tu aku bertunang, memang kelam kabut aku dibuatnya. hari audit tu, aku balik awal. hahaha.

Monday 12 May 2014

DSC_0061

kisah aku shopping kat bundle, time ni masa awal-awal gua kerja kat gemas ni, looking around orang kata, dengan member gua jugak, bukan orang lain, pekerja TNB yang superising kat tempat gua kerja.

maklum lah, member gua ni kaki bundle, gua pulak kaki simpan dalam bilik, terperat je kerja bila balik kerja. jadi time tu balik awal sebab hujan membasahi tempat gue kerja, so, cari la aktiviti luar sikit. bundle kat “cili padi” la tempat nya. orang gemas mungkin tahu tempat ni.

ingat gua la, kena jugak gua rembat 3 helai t-shirt leher bulat, buat kerja je. ala-ala kira boleh pakai la.

timing gua searching baju yang rare, gua bukan mahir pun dalam bab ni cuma memahirkan secara automatik je. berlagak sikit. jumpa pulak brand ni. perghh. baju cantik sebenarnya, bagi gua la. tapi sekali tengok brand. perghh.. gua tengok kiri kanan, terus snap gambar, guna xperia z1. kembang hidung skit.

tapi konklusinya, bagi gua memang rare betul baju ni. emmm dalam kepala gua, kena samak ke?? haha

Sunday 11 May 2014

DSC_0114

DSC_0115

Rerama? erghh jangan jadikan bebalan kerana perkataan itu. gua sengih je.

ingat lagi time ni, heboh kan kat media bahawa musim rama-rama gergasi berkeliaran, bukan setakat di malaysia, bahkan diseluruh dunia juga.

tak tahu?? duk dalam gua ke?

didalam kepolemikan, gua tidak melepaskan jua mengambil gambar walhal time tu gua tak tahu pun pasal rama rama gergasi ni sudah bermusim. gua pun snap je la. ala-ala photograper gitu.

kereta merah tu, sebenanya kereta milik supervisor TNB yang punya. ford fiesta s. owner nya jenis datang awal ke tempat kerja then basuh kereta sementara tunggu workers datang buat kerja.

paling penting, gua ingat yang rare sebab dapat snap gambar rama rama ni sebab besar tapi malangnya gua rasa macam kuno je gua sebab baru dapat tahu time tu yang sekarang rama rama itu bermusim. emm sabor je la..

Monday 28 April 2014

_SC_0508

ni aku snap kat RnR seremban, yang mana menjadi kebiasaan aku bila aku balik berderak dari KL ke Gemas. juga menjadi tumpuan riders lain untuk berhenti rehat, isi minyak dan sebagainya. aku kalau tak singgah kat sini tak sah, kena pulak peter seteisen kat mulut.perghh kena belai dengan angin dari highway depan tu.

biasa aku rehat sini paling lama setengah jam, paling kurang lima belas minit. sakit pinggang bai dari KL lagi. kadang kala aku isi minyak kat sini, sebab lepas dari sini dah takde stesen minyak kecuali masuk susur ke senawang. last akan aku isi ialah kat simpang ampat, tu pun aku aku masuk susur simpang ampat tu. dah memang aku lalu untuk ke Gemas.

tak kira malam ke siang perjalanan aku menggunakan jalan PLUS ni, akan aku singgah sini, unless aku sedang berkejaran dengan rider lain, sampai tak sedar aku nak berhenti kat sini. ghairah naik motor laju tu pasal tak pandang sisi dah. ala baru 160km/h je. LC 135 nak laju mana sangat,

sepanjang aku lepak sini, aku tak masuk lagi gerai-gerai makan kat situ, aku just singgah kat tepi jalan atau kat stesen minyak je. nampaknya kena try aku ni, hampir 6,7 bulan main area sini tapi tak singgah. emm

nanti kalin singgah, baru review.

Friday 25 April 2014

Aku paint

Klik pada gambar untuk membesarkan gambar.

 

ini hasil artwork aku bila berdepan laptop dan dilanda kepuasan. gejala ini biasa berlaku di tempat kerja, tambahan pulak kerja sekarang ini dalam keadaan tak beberapa banyak hanya touch up only kat parts tertentu. jadi kepala dan fizikal aku ini tidak sangat dibebankan.

ilustrasi pada gambar tersebut memberi banyak makna disamping adegan kebudak-budakan tertunjuk.

suasana berkampungan dengan sekeliling kehijauan ditambah pulak bukit bukau dan tidak sah kekompletan sebuah kampung kalau tiada sungai. memang mendamaikan dan merujuk aku pada kampung aku di pasir mas, kelantan.

ketika masih beringus, time ini lah banyak moment yang tidak sengaja dirakamkan walaupun time tu, diulek dengan aktiviti keriangan. teringat juga aku time memancing guna batang kayu je, mata kail ikat sendiri dan cacing pun pasang sendiri kat mata kail tu. perghh masa tidak dapat diputarkan lagi.

kenangan tinggal kenangan.

Monday 14 April 2014

mencuri adalah satu tindakan yang mana tidak perlu mengambil permisi empunya sesuatu bila diambilnya. jelas ketidakbaikkan terpapar disetiap huruf pada perkataan mencuri apatah lagi bila melakukan nya. hal ini hampir terjadi pada diri aku.

kisahnya, plat danger tu tidak mencukupi bila nak dipasang,jadi, aku diberi tahu oleh bos aku bahawa suruh curi plat ini di sekitar pagar sempadan.  yang mana masalah ini aku yang memberitahu kepada bos aku.

pada awalnya masalah ni aku ajukan sehingga bos aku datang melawat site. sehingga keluar keputusan untuk melakukan aktiviti pencurian. dan aku dapati bos aku datang ni hanya kerana nak ambil permit bukan semata mata nak settle masalah unta ni. aku yang berlagak seolah olah masalah ini besar, menunding jari pada guard yang jaga pintu masuk.

setelah aku mengkaji semula masalah ini, kesimpulan dapat dibuat yang mana berhati-hati semasa memandu adalah dapat digunakan dalam aktiviti pembinaan. lebih jelas workers aku pasang salah sebab bukan semua batang tiang dipasang benda alah ini hanya the next fifth akan dipasang.

setelah aku yang mengkajinya, akhirnya masalag ditutup dengan rapi. aku jugak macam diratapi sebab, aku yang buat salah sebab tak check, aku jugak beritahu masalah kat bos aku, dan aku jugak yang settle masalah aku buat ini. nampak tak tiga kombinasi maut ni. huhh

Thursday 6 March 2014

IMG_20140315_200848

perghh stylo betol, begini lah cara aku sangkut baju, hanger? ada bukan tak ada cuma kearah yang maskulin gitu. ye ke? ingat ni MAK CIK YE KE dalam drama capalela. huhh

nak cepat gamaknya aku ni, nak buang ke lantai macam tak senonoh pulak, bertambah rosak lagi nama lelaki jika bertaburan pakaian di lantai walaupun ada style jenis buang ke bawah je. aku tak, jarang benor buat style buang ke bawah unless dalam bakul untuk dicuci. yang pasti, aku seorang rajin mencuci pakaian secara manual, dengan alasan nak bina otot di bahagian bahu.

kadang-kadang malas jugak.

abaikan plastik kat sebelah, sebab ia sekadar penyedap gambar je, akalu berlakon tu, just tukang lalu lalang je. malas aku nak olah bab plastik kat sebelah tu.

cara macam ni dapat memanfaatkan poket seluar selain daripada menyimpan sesuatu dalam poket tu, boleh juga menyankut baju, aku rasa bukan baju saja malah tuala ke, kain pelikat ke, boleh try. jadi, selamat mencuba ye,

Wednesday 5 March 2014

IMG_20140328_133801

 

ini adalah stereng. stereng?? handler kot. stereng la, kalau tak tahu, pergi duduk dalam gua sorang-sorang, bermunajat kat situ.

ini kisah bila aku duduk dalam backhoe, sebenarnya aku tukang mengarah bahagian mana perlu di selengarakan dengan backhoe tu, yang mana dia menggunakan bakul yang belakang tu, jadi yang depan tu dia rest je. ade la sempat aku pegang sana sini dan raba sikit tombol-tombol kat situ.

time ini aku ingat dia sedang level batu ballast kat situ. aku, bila dah bagi arahan jadi aku rehat la, dengan malas aku nak turun dari situ, jadinya aku mengelebek la bahagian situ. sambil jugak aku berborak dengan drebar tu. orang nya berbangsa china, bercakap pun ada pelat cina, aku pun turut sama menggunakan pelat cina tu.

lagi kisah aku ditempis olehnya, sebab? aku main tombol kat function bakul belakang tu, aku saja je pegang tombol yang function nya untuk kontrol kaki yang dua tu, yang kiri kanan tu, aku saja tarik sikit, lepas tu aku tempis oleh drebar tu, aku gelak kasar dengan alasan nampak macho sikit. di siap cakap jangan ganggu la, olang tengah buat keleja ni. aku mengelak dari tomahan itu, aku mengomplain yang dia buat tu tak betul, ejas betul kan balik, dengan segera aku turun dari situ.

Monday 3 March 2014

IMG_20140312_092936

bukan kertas A4 atau sebagainya, hanya meja tempat fail dan dokumen, lokasi di depan site office(kabin). pen mata bola, ink yang cair, kalau tulis kat kertas and tak tunggu beberapa saat, kalau terkena tangan maka lekat kat tangan tu. warna hitam, baru lepas check report progress, sambil memerhati workers buat kerja, tangan aku berilusi di meja.

begini dan begini bila ada keluangan dimasa berada dihadapan meja, duduk di bangku sambil kaki kat bawah bergoyang.

hasilnya artwork ni bila aku duk perhati motor aku yang baru cuci malam sebelum aku bawak ni begitu lama, almost 10 minit, dok perati tang tu je, tahu la tayar tu baru gilap. biasa tangan aku tu dok main dengan fail dan belek belek dokumen, bila ada time skit, mula la menggatal kat meja tu, tapi aku dah check line sekeliling sebelum draw, kan kena sound sepatah dua kata, bukan marah tapi sinis menghinis.

ni baru aku show yang drawing, belun sajak puisi lagi, kat sebelah tu ada lagu rentak irama melayu, jangan main, cuma noraliza idris je tak tangok, kalau tak dah jadi lagu maunya.

tajuk art aku ni, motosikal LC 135. yamaha.

Tuesday 18 February 2014

IMG_20140221_160232

 

ni sebenarnya hasil dari member aku yang berderak atau bercuti di indonesia, tang mana depa pergi aku tak tau la, tapi yang okay, ada member aku sorang ni bagi sekotak rokok dunhill from indonesia ni. alahai baik nye member aku ni, dari awal lagi aku dah tahu yang dia beli rokok ni banyak, ada la, nak kata 2,3 kartun tu, mak aii. kiranya aku dah jeling menjeling la rokok yang dia bawak balik ke malaysia ni.

dan aku nak review pasal rokok ni, mungkin juga review aku ni berbaur dengan peribadi aku.

dari segi fizikal rokok ni tak nampak sangat kepelikan tapi perbedaan jelas kok nampaknya, terutama saiz kotak dan juga putung sekali. dah memang la, kalau dah putung saiz lain, maka kotaknya pun saiz lain la. inferens tu, sains darjah 5 jap. dia agak menyerupai kotak rokok gudang garam, suria. putungnya pun seolah olah anak tiri rokok gudang garam.

dari segi kesedapan, mak aii. pelik benor yob rasa, seolah olah ada kretek. kretek tu apa? secara menyeluruh la, memang tak bebebeberapa sedap dan kenikmatan tak mencapai tahap yang diingini, setakat nak main asap boleh la. tak boleh lawan yang malaysia punya. tiptop nikmat, sampai filter pun terbakar skali.

putung nya nampak panjang sebab dia punya filter pun panjang, ala macam rokok suria. huhu tak sampai setengah dah meniarap kat bumi, kesian. tak habis sekotak, aku dah tungtung dengan member kat tempat kerja.

yang menjadi kehairan aku ialah, pada hujung minggu, aku macam biasa aku akan melawati member aku kat nilai, serdang dan ampang. dan juga tengok timing kalau kesempatan. sebab aku dari gemas n9 ni beb. dah la dengan kapcai je. tapi bukan jarak aku nak ceritakan tapi bab rokok ni. aku macam biasa la buat baik dan lurus mempelawa untuk bagi rokok ni kat diorang. 2,3 orang je ambik dan menikamtinya, yang lain pandang dan menjeling je kat kotak rokok. depa ingat ape, rokok seludup ke? aku macam frust tapi bila satu hari aku tinggal rokok tu kat depan tv, nampak jugak kekosongan dalam kotak tu.

bersangka baik, mungkin diorang malu kot depan aku. hahaha

 

IMG_20140221_160245

Thursday 13 February 2014

20131122_154949

 

20131122_154952

 

20131122_154955

ini adalah gambar gambar yang sempat aku snap di area mana ek kat sini, aku pun tak pasti, jadi lokasinya aku explain kan. aku tertarik sebab bukit bukau dan suasana kampung, malahan cerung yang dalam di samping ada tempat pertanian atau plantation gitu.

aku sebenarnya dari Kuala Pilah, kira ikut LEKAS, akan melalui jalan bukit putus sebelum jumpa simpang ke senawang dan ke mantin, pajam dan nilai. area ni lepas sikit pada simpan masuk bukit putus, tapi bukan masuk bukit putus. ada selekoh sikit dan akan melalui jalan menuruni bukit dan disitu la tempatnya.

aku stop kejap kat tepi jalan semata mata nak ambil gambar, curam yang dalam tu kat tepi tu. tapi ada guard rail kat situ. lepak jap sambil john merah sebatang, cukup la layan kepala sikit. haha.

sekarang bila aku dah stay kat Gemas ni, aku dah jarang lalu ikut jalan ni, ikut jalan PLUS je.

IMG_20140217_005316

nike branded nama spefisik aku tak pasti la, kalau tak silap, field trainer. aku beli kat TS (times square) dengan juga aku membawa tunang aku, keseorangnya tiada aku bernafsu nak memilih kasut sebegini, kais pagi, makan pagi, kais petang sebulan makan. ye ke?

harga rm199, aku tanya pasal promosi kat pelayan kat situ, mulut tarik masam, yang mana nak menunjukkan kat aku takde diskaun, aku membalas dengan neutral je, mengangguk kepala je. tunang aku sebenarnya yang pilih kasut ni, aku sebenarnya cari kasut yang biasa biasa saje, nak buat jalan-jalan kat bandar gitu, sebab kena sound kat tunang aku, sebab keluar dengan dia pakai selipar je, siap cakap ingat nak pergi kat site ke. aku tunduk kepala.

sesi try saiz kasut, aku cuba saiz 9. perghh separuh kaki je masuk, masuk tunang aku buat muka sampai kening jadi berkerut, aku senyum sambil main main tali kasut, pelayan kat situ, senyum sambil tutup mulut, nak je aku jeling marah kat pelayan tu, takut tunang aku ni sangka lain pulak, redha je la aku.

saiz yang 10 pulak, pakai okay, sambil jalan sikit kat cermin yang kat bawah lantai tu, nak reflect gambar kasut gitu. tapi tunang aku komplin sebab katanya nampak macam ketat, terusnya nya minta dengan pelayan tu saiz 10 setengah, pergh dan terus bayar, sampai aku termenung jap kat bangku ala sofa tu, aku buat tak kisah la, janji dapat kasut baru.

time bayar, aku dah bersuka ria dan girang dapat kasut baru tapi sampai kat casher tunang aku bagi rm50 je, selebihnya aku kena tambah, aku muncung sampai ke kereta. huhuhu

Friday 7 February 2014

ini punya kisah gua ceritakan ketika gua balik dari kerja, memang langsung terus, takder nak fikir dan gelak seketika punya. pendek cerita punya gua jalan.

ini pasal helmet gua, visor macam longgar. gua pakai helmet murah jer, MS88 siapa yang naik motor EX5 buat rempit ke sekolah mesti tahu la. tak tau, ni mesti kaki pakai helmet APOLLO.

*gambar hiasan, tapi model dan kaler macam ini gua punya.

 

padan la dengan gua pekena untuk LC135 je, bukan superbike, nak layan SHOE dan seangkatan dengannya memang gua tak mampu, mampu pun boleh paksa tapi gua memang tak nak paksa untuk benda itu. just setakat untuk sarong kat kepala dan jumpa abam polis kat roadblock dapat lepas.

 

tidak senangnya gua pada helmet gua ini ialah visor dah longgar, maklum lah seingat gua helmet itu berumur dah hampir kurang 2, 3 tahun jugak. ye ke? pernah dulu visor yang longgar gua baiki dengan tukar skru pengikat. tak tahan lama, tak sampai 2 tahun, terus tenggantung balik. 2 tahun?? gua kenyet mata sambil berfikir seorang diri.

 

masa nak pergi ke tempat kerja memang gua dah rasa dah tapi gua memnornalkan diri. skru hanya satu je yang mengikat visor terhadap helmet itu. jadi gua terpaksa la kontrol diri untuk menyamakan visor dengan helmet, kadang-kadang depan awek, gua kontrol habis-habisan.

 

ingat waktu balik gua buat keputusan untuk balik ke tong sampah. tak dua tiga kali membenakkan kepala gua. dah sampai masanya untuk dia pergi mengadap sampah sarap. dan gua juga nak bercadang nak angkat yang baru punya. yang lebih cun dari MS88. koyak sikit poket aku bulan ini.

 

masuk je ke jalan apartment tempat gua sewa, ada la satu tong sampah yang 1x2 meter kot, bukak tali helmet, terus baling ke tong sampah. tapi malangnya gua tidak menepati sasaran dan helmet itu tergolek ke sebelah kiri tong sampah.

 

ditengok orang berhampiran kat gua maklum lah, gua baling tu time gua tengan tunggang motor, ada la dalam 10km/h. berdentum jugak la. tu yang mengalih pandangan orang kat sekeliling situ.

 

gua selamba buat bodoh sambil buat muka tak bersalah gua pulang dengan rasa secubit malu sebab baling tak masuk tong sampah.

Wednesday 29 January 2014

IMG_20140217_213512

ni nak aku kisahkan yang aku barai laptop aku ni. kejadian berlaku dengan efek yang memilukan dan mendukacitakan, alahai sedih betul tapi mujur la tak arwah, boleh la nak surfing tenet tu. ni semua kes membijakpandai la ni, taknak hantar kat kedai dengan alasan save budget. peralatan dah ada, cuma kena up sikit kemahiran dalam menjadi “tukang” ni.

sebab-sebab aku barai:

laptop aku sering panas bila main game terutama pes2013. dan itu dengan niat aku nak cuci fan dan sapu sikit debu habuk kat mobo tu.

kebaikkan aku dapat:

laptop tak cepat panas dan aku rasa selesa sikit aku punya moral.

keburukkan aku dapat:

stress nak bukak dan pasang benda alah ni. mak aii kena halus betul skill yang guna dalam bab ni. diakhir aku pasang, aku tertinggal skru 5 biji, tapi setelah aku tengok depan belakang, macam semua dah di skrukan. ahhh mana la silap aku ni. malas nak peduli aku simpan je skru tu satu tempat.

hardware usb port rosak, menyebabkan aku takleh detect joypad usb(untuk main pes2014), semua usb port kiri kanan. lagi sedih, usb port yang 3.0 rosak, tak detect langsung just nak charger boleh la, tapi kalau macam cucuk pendrive ke, apa ke, memang takleh. penambahan stress begitu mendadak. mujur la yang 2.0 tu ada 2 port lagi boleh guna tapi untuk pendrive, mouse dan seangkatan denganya sahaja, joypad memang haramjadah terus.

 

konklusi:

sampai sekarang aku macam dah give up untuk nak solve masalah ni. pergi kedai, tokey takleh, sebab usb port melekat kat mobo. nak repair, kos yang menyelerakan. aku sudah reda dengan takdir. tanggisi tidak lagi kedengaran.

Thursday 23 January 2014

P1100306P1100307P1100308P1100309

Ini adalah beberapa gambar yang mana time ni aku pun turut sekali join safety rep untuk menerangkan apa itu Fire Extinguisher dan bagaimana cara untuk mengunakannya. dan aku rasa ia sesuatu yang bermenafaat walaupun ia sering kali dianggap perkara remeh, remeh tang mana? bila nak buat meeting untuk benda ni la. terutama workers yang kurang berdisiplin dan tidak profesional.

aku takde dalam gambar so, takyah cari la. haha ye la aku ni tukang ambik gambar je. walaupun in letter as site supervisor cum C.O.W. sekeliling meja tu terdiri daripada workers including expert and half expert. dan juga yang berjaket biru tu adalah wakil tnb dan yang sedang bagi briefing tu adalah safety rep.

isi kandungan yang sempat gua rakamkan dalam kepala aku ialah.

cara penggunaan benda alah ini, dengan menggunakan satu formula ringkas yang ia menerangkan cara bagaimana ia digunakan. adalah dengan menggunakan formula PASS iaitu short form dari:

1-Pull the pin

tarik pin yang tombol benda alah tu.

2-Aim at the base of fire

target atau sasar kan kepada dasar api atau bahagian asas nyalaan dan bukan pada api yang sedang marak.

3-Squeeze the lever slowly

tekan atau cekam tuas tu secara as practicable la, takkan nak cerukkkk abis macam tu.

4-Sweep from side to side

swing la kiri kanan supaya ia tak tertumpu pada satu point sahaja. jimat gas. huhu

 

sememangnya nampak remeh benda ini tapi bagi aku bila dah mendengar dan mempelajari benda alah ni, rasa macam berilmu la walaupun pada sebelom nya, aku pun anggap benda ni remeh jugak. huhuhu.

aku rasa dengan setengah jam kursus penerangan yang dibagikan oleh pihak main-kon tu, semuanya boleh dikatakan berjalan dengan baik dan komunikasi antara pemberi penerangan dengan pendegar adalah baik walaupun ada selitan sikit pertanyaan soalan bodoh, eh salah, nakal je.

api kawan, api member, bila dah besar lawan, semua dah hangus baru naik giler.

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!