Tuesday 14 June 2011

kurang siuman jugak sekali dengar, dua kali dengar macam nak berjaya lebih target, sebabnya hanya angan-angan. sekali sekala khayalan menjelma. bezanya angan-angan dan khayalan apakah? cari kat uncle google.

dari aku belajar politeknik lagi, bila tunggang motor lebih dari setengah jam, mula la aku akan berkhayal sambil juga angan-angan datang. memang rasa sudah di set kan. nak jalan jauh sikit mesti ada nya dalam kepala nak hurai dan terjemah apa yang nak diangankan.

sampai sekarang terbawa masih lagi aku macam itu, balik keje je, bukan jauh pun. dalam 15 minit kot, tu pon bawak 80 km/h, kalau bawak bawah 60 km/h tu, memang aku layan kepala la. macam-macam ada yang diangankan. dari satu ke satu yang lain.

dirasanya juga aku untuk nak hilang boring semasa menunggang, tapi aku rasa juga, tumpuan aku semasa menunggang tidaklah teruk sangat. okey je, mata mengawal objek yang dihadapan, minda melayang sana-sini. aku tak sekat minda aku nak kemana, kasi on je, kena part yang sepoi, memang lama sikit la aku angankan.

*HIASAN SEMATA-MATA TELINGA

dari masa depan hingga sejarah sudah berlalu, ada juga aku timbulkan dalam kepala aku walaupun motor aku tunggang potong lori 4 tan. setakat kereta-kereta kat sebelah, nak usik sikit pun angan-angan aku semasa menunggang.

juga aku rasa, banyak idea semasa aku menunggang. macam nak buat sajak meratapi pun ada rasa jugak aku.

adakah ini special? aku aku yang 3 suku?

kena tanya mat tiga suku.

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!