Tuesday 27 May 2014

 

P3120109

plan kat tempat kerja aku. area yang aku kena buat ialah dalam region yang berwarna tu. sikit je jah tapi punya lecehnya jangan dipertikaikan. huhh TNB oh TNB. tapi ianya fully kerja aku ialah civil ada yang electrical punya tapi others la buat. tapi first stage ialah civil kena siapkan dulu tu yang macam hampes tu. kena kejar yob kejar buat kerja.

tapi memang mematangkan aku bila kerja kat sini. hampir dikatakan semua nya kena follow specs, tak kira dari barang mahupun element lain. macam paip, perghh punya la susah nak cari kat gemas ni. paip pvc 6” class B. yang biasa ada class O je. kena la aku berdialog panjang sikit dengan tokey kedai hardware untuk mengoder paip tu. tu kisah paip je. yang lain emm

dapat pulak aku TNB represantative yang. huhuhuhu boleh tahan la. umur tak lah tua, dalam 2,3 tahun je dari aku. tapi emmm. bos aku kadang-kadang pening kepala. tapi mujur la time konkrit aku paw rokok dan tulis claim rokok untuk tnb rep. haha dapat gak rokok free. peter setevisen bro.

dapat safety rep. emm malas aku nak cerita. stress.

jaga yang jaga site tu okay la. boleh buat member. ala umur lebih kurang. kalau tua mahu bab politik diketengahkan.

banyak suka duka, tapi masalahnya site ni belum habis lagi dan masih lagi aku bekerja kat sini. haha perit jerihnya aku nak settle kerja kat sini. bila la nak siap. ni ada extension lagi katanya.adoiya.

 

selamat maju jaya.huhu

 

P3120001

 

P3120002

Monday 26 May 2014

_SC_0004

jangan nak sesuka hati je nak dismantle formwork tu, tengok spec dalam spec book yang ditetapkan. sebab ada yang memberi kesannya nanti, aku petik daripada tNB rep yang mana merangkap menjaga kualiti kat tempat aku kerja, tnb beb bukan buat bangunan biasa. kerja sikit tapi hal melambak dibuatnya.

walaupun ada kesan kepada progress kerja tetapi kena follow jugak apa kehendak owner ni. nak jaga kualiti kan. kadang kala workers aku ni ambik kesempatan atas kesulitan aku, mentang la kerja lain tertangguh sebab konkrit ni, diorang berjalan bergoyang kaki dibuatnya. sememangnya ada kerja lain tapi hanya lah minor sahaja.

formwork. bila dismantle ni, workers macam dah taknak guna dah kayu ni, dicabutnya mengikut nafsu serakah bak hang. cungkil sana, cungkil sini. kelembutan hilang terus dalam diri. aku hanya merangkap tukang tukang tengok, terpaksa la aku tengok je. kalau ikut bos aku, memang la, kalau boleh formwork ni nak guna 10 kali, kalau boleh pakai la. yang menjadi bebanan ialah pada aku, bila plywood rosak, aku jugak kena order. duit petty cash, tak runsing. order guna hp je pom. haha

paling aku takut pasal dismantle formwork ni ialah honeycomb. perghh ghairah beb kena sound dengan TNB rep sebab ada honeycomb. kalau boleh, lepas dismantle je, aku suruh workers aku touch up je terus. masalahnya time nak bukak la dia bercenguk kat situ.emm.

biasa kena komplain sebab kalau ada honeycomb, tak cantik, ada efek pada strenght beam.

workers pulak buang kayu merata-rata, tak pepasal aku kena jeling menjeling dengan safety rep. kena pulak worker sorang dua je indo, yang lain melayu. hishh disiplin workers melayu berbeza bak hang.

Tuesday 20 May 2014

IMG_20140317_183714

 

Mood tengah okay time ni, tu sebab berselfie, gua ingat nak ambik guna kamera depan je, tpi maklumlah kualiti kamera depan tidak memberansangkan jadi cermin kereta jugak gua balun. ni kereta member gua boleh juga dikatakan berkerja satu area dengan gua, alang-alang nak mengular tu, gua pinjam dulu kereta dia, motor gua ada je tersadai kat pondok jaga di tempat kerja tu.

 

ni area dekat rumah sewa gua la, taman jaya kat gemas. tapi yang pelik orang kat sini panggil taman jaya, padahal situ taman damai. emm. apakah ??

 

gua ingat lagi time ni sebenarnya jem kat depan tu, kereta depan gua dah bagi hon, tapi gua malas nak berpanas minda gelora hati, gua selfie je then upload kat fb, settle. sebenanrnya senyum sinis je tu yang mana nanti upload kat fb letak caption “selamat pagi”. pe kejadah, time tu pukul 11 lebih.

yang gua tak puas hati adalah, lupa nak bersihkan atau lapkan sikit cermin tu. berdebu degil gua nampak. mahu gua kelarje cermin tu.

 

barang yang terlibat:

-hp lenovo a706 (sekarang tengah nazak, touchpad rosak)

-baju POLO (pasar malam)

-kereta kancil

Monday 19 May 2014

lepas minum sangkut je, tak peduli la apa yang terjadi mahupun dijadikan, asal lepas tanggunjawab.

begini lah senario yang berlaku di tempat kerja yang aku kerjakan atau aku dikerjakan, lebih kurang lah. biasa gejala ini berlaku lepas waktu lunch yang mana sekitar jam 3 petang yang third rest, yang kerja dalam construction dia tahu third rest ni, yang berkemungkinan ada yang mengular terutama supervisor.

dan ini aku dapat pastikan, gejala ini bukan dari aku punya workers, aku punya workers tak buat benda sebegini cuma sangkut dalam setor barang je. ada bezanya jugak kerana ini exposed dengan pemandangan sekitar yang mana senang terlihat mahupun dilihat. workers aku terdidik dengan nilai moral supervisor nya, yang mana aku tak sangkut kat luar, aku sangkut dalam site office iaitu dalam kabin. aku tak sangkut kat luar, nanti kena rembat dek orang lain.

yang lagi kejelikkan, plastik berisi air ni masih lagi tergantung walaupun sudah memasukki hari ketiga, apakehal? yang mana hari ketiga ni aku dapati dalam plastik tu sudah mempunyai pati yang termendap. aku memandang itu, yang mana menunjukkan lamanya ia terbiar.

aku melaporkan dari site pasir besar.

Friday 16 May 2014


perghh,, kemas bak hang store tempat aku kerja, ini juga ada hasil titik peluh aku sendiri, kalau check balik kat tanah tu, ada lagi peluh aku tu. sebelum ni store ni memang sarang tuuuutttt, workers tahu nak guna, ambik then sumbat je sesuka hati mereka. dan ni pun kemas selepas bermacam skill paksaan dari safety rep.

ala, nak kemas ni je pun kan, 1 jam siap, tak gitu. 

tapi nak gather aku punya workers, punya la susah, "housekeeping" katanya safety rep, aku sebagai supervisa ni bukan taknak housekeeping sebab banyak kerja lain lagi sebab aku punya kerja pun nak kejar progress jugak. aku tahu sebenarnya kenapa nak kemas, sebab ada audit. aku dah intip dah. maka audit nak datang, bukan nak tengok safety things je, progress kerja. kan tak pasal-pasal aku pulak yang kena sound dengan tnb.

ni pun aku dan sorang pekerja, untuk kemas kan tempat ini, yang buat kerja, sebab aku taknak progress aku terbantut disebabkan yang ini, housekeeping ada buat kadang kala, kena safety rep datang lambat, apa macam? 

tapi apa apa pun, benda dah settle. audit pun dah settle, 5 stars dapat beb, kena pulak hari lepas audit tu aku bertunang, memang kelam kabut aku dibuatnya. hari audit tu, aku balik awal. hahaha.

Monday 12 May 2014

DSC_0061

kisah aku shopping kat bundle, time ni masa awal-awal gua kerja kat gemas ni, looking around orang kata, dengan member gua jugak, bukan orang lain, pekerja TNB yang superising kat tempat gua kerja.

maklum lah, member gua ni kaki bundle, gua pulak kaki simpan dalam bilik, terperat je kerja bila balik kerja. jadi time tu balik awal sebab hujan membasahi tempat gue kerja, so, cari la aktiviti luar sikit. bundle kat “cili padi” la tempat nya. orang gemas mungkin tahu tempat ni.

ingat gua la, kena jugak gua rembat 3 helai t-shirt leher bulat, buat kerja je. ala-ala kira boleh pakai la.

timing gua searching baju yang rare, gua bukan mahir pun dalam bab ni cuma memahirkan secara automatik je. berlagak sikit. jumpa pulak brand ni. perghh. baju cantik sebenarnya, bagi gua la. tapi sekali tengok brand. perghh.. gua tengok kiri kanan, terus snap gambar, guna xperia z1. kembang hidung skit.

tapi konklusinya, bagi gua memang rare betul baju ni. emmm dalam kepala gua, kena samak ke?? haha

Sunday 11 May 2014

DSC_0114

DSC_0115

Rerama? erghh jangan jadikan bebalan kerana perkataan itu. gua sengih je.

ingat lagi time ni, heboh kan kat media bahawa musim rama-rama gergasi berkeliaran, bukan setakat di malaysia, bahkan diseluruh dunia juga.

tak tahu?? duk dalam gua ke?

didalam kepolemikan, gua tidak melepaskan jua mengambil gambar walhal time tu gua tak tahu pun pasal rama rama gergasi ni sudah bermusim. gua pun snap je la. ala-ala photograper gitu.

kereta merah tu, sebenanya kereta milik supervisor TNB yang punya. ford fiesta s. owner nya jenis datang awal ke tempat kerja then basuh kereta sementara tunggu workers datang buat kerja.

paling penting, gua ingat yang rare sebab dapat snap gambar rama rama ni sebab besar tapi malangnya gua rasa macam kuno je gua sebab baru dapat tahu time tu yang sekarang rama rama itu bermusim. emm sabor je la..

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!