Monday 28 April 2014

_SC_0508

ni aku snap kat RnR seremban, yang mana menjadi kebiasaan aku bila aku balik berderak dari KL ke Gemas. juga menjadi tumpuan riders lain untuk berhenti rehat, isi minyak dan sebagainya. aku kalau tak singgah kat sini tak sah, kena pulak peter seteisen kat mulut.perghh kena belai dengan angin dari highway depan tu.

biasa aku rehat sini paling lama setengah jam, paling kurang lima belas minit. sakit pinggang bai dari KL lagi. kadang kala aku isi minyak kat sini, sebab lepas dari sini dah takde stesen minyak kecuali masuk susur ke senawang. last akan aku isi ialah kat simpang ampat, tu pun aku aku masuk susur simpang ampat tu. dah memang aku lalu untuk ke Gemas.

tak kira malam ke siang perjalanan aku menggunakan jalan PLUS ni, akan aku singgah sini, unless aku sedang berkejaran dengan rider lain, sampai tak sedar aku nak berhenti kat sini. ghairah naik motor laju tu pasal tak pandang sisi dah. ala baru 160km/h je. LC 135 nak laju mana sangat,

sepanjang aku lepak sini, aku tak masuk lagi gerai-gerai makan kat situ, aku just singgah kat tepi jalan atau kat stesen minyak je. nampaknya kena try aku ni, hampir 6,7 bulan main area sini tapi tak singgah. emm

nanti kalin singgah, baru review.

Friday 25 April 2014

Aku paint

Klik pada gambar untuk membesarkan gambar.

 

ini hasil artwork aku bila berdepan laptop dan dilanda kepuasan. gejala ini biasa berlaku di tempat kerja, tambahan pulak kerja sekarang ini dalam keadaan tak beberapa banyak hanya touch up only kat parts tertentu. jadi kepala dan fizikal aku ini tidak sangat dibebankan.

ilustrasi pada gambar tersebut memberi banyak makna disamping adegan kebudak-budakan tertunjuk.

suasana berkampungan dengan sekeliling kehijauan ditambah pulak bukit bukau dan tidak sah kekompletan sebuah kampung kalau tiada sungai. memang mendamaikan dan merujuk aku pada kampung aku di pasir mas, kelantan.

ketika masih beringus, time ini lah banyak moment yang tidak sengaja dirakamkan walaupun time tu, diulek dengan aktiviti keriangan. teringat juga aku time memancing guna batang kayu je, mata kail ikat sendiri dan cacing pun pasang sendiri kat mata kail tu. perghh masa tidak dapat diputarkan lagi.

kenangan tinggal kenangan.

Monday 14 April 2014

mencuri adalah satu tindakan yang mana tidak perlu mengambil permisi empunya sesuatu bila diambilnya. jelas ketidakbaikkan terpapar disetiap huruf pada perkataan mencuri apatah lagi bila melakukan nya. hal ini hampir terjadi pada diri aku.

kisahnya, plat danger tu tidak mencukupi bila nak dipasang,jadi, aku diberi tahu oleh bos aku bahawa suruh curi plat ini di sekitar pagar sempadan.  yang mana masalah ini aku yang memberitahu kepada bos aku.

pada awalnya masalah ni aku ajukan sehingga bos aku datang melawat site. sehingga keluar keputusan untuk melakukan aktiviti pencurian. dan aku dapati bos aku datang ni hanya kerana nak ambil permit bukan semata mata nak settle masalah unta ni. aku yang berlagak seolah olah masalah ini besar, menunding jari pada guard yang jaga pintu masuk.

setelah aku mengkaji semula masalah ini, kesimpulan dapat dibuat yang mana berhati-hati semasa memandu adalah dapat digunakan dalam aktiviti pembinaan. lebih jelas workers aku pasang salah sebab bukan semua batang tiang dipasang benda alah ini hanya the next fifth akan dipasang.

setelah aku yang mengkajinya, akhirnya masalag ditutup dengan rapi. aku jugak macam diratapi sebab, aku yang buat salah sebab tak check, aku jugak beritahu masalah kat bos aku, dan aku jugak yang settle masalah aku buat ini. nampak tak tiga kombinasi maut ni. huhh

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!