Tuesday 30 October 2012

kecelakaan?? macam celaka ke?kalau nak disepontankan, memang rasa kasar, cuba kalau bercakap sama orang indon, apa itu kecelakaan. ini mungkin sebab aku kerja kan pantau kerja-kerja yang dilakukan oleh mat-mat indon, jadi secara ketidakpaksaan, aku belajar sikit-sikit bahasa indon ini. tapi bahasa indon bukan topik yang ingin aku lanjutkan. tapi ada topik lagi cun nak aku sampaikan.

aku kembali pada aku umur 12 tahun, dan darjah 6, seingat aku, aku baru je beberapa minggu selesai dari peperiksaan UPSR. jadi waktu enjoy ketika itu bermula.

ingin kali ini aku nak kait kan semula kisah aku eksiden, dengan motosikal, bersama abang aku, aku hanya pembongceng sahaja, abang aku yang pandu, motosikal yamaha cup 70, kapcai. warna biru, warna asal warna merah, abah aku tukar masa aku 5 tahun,side mirror panjang dan bulat nya cermin, satu je, satu lagi tak pasang, enjin standard dan barang lain mungkin standard kot, sebab abah aku bukan mat motor.

aku freshkan balik peristiwa itu, waktu petang, dalam lebih kurang pukul 4 petang, aku diajak oleh abang aku untuk ke pekan untuk membeli daging lembu yang imported. pesanan dari mak aku, yang di pass kan ke abang aku, jadi aku hanya peneman sahaja, tidak berkait dengan amanah mak aku kepada abang aku.

aku ingat lagi, petang aku, aku pakai short pant dan baju T.

siapa la yang tahu apa yang akan terjadi, mungkin dia cuba untuk mengelaknya tapi kemalangan ini, memang susah gua nak elak beb. aku rasa time tu.

detail aku ceritakan kisah kemalangan.

time tu sudah selesai pembelian daging dari abang aku kat pekan, aku hanya pergi ke kedai runcit main mesin yang masukkan duit 50 sen dan putar butang mesin keluar satu telur plastik yang ada mainan kat dalam. aku main tu je, dan telur yang ada mainan tu aku pegang dan aku tak simpan dalam poket pon, tak tau kenapa aku tak simpan, excited kot.

time balik, aku sempat tengok speedometer motor kapcai abah aku tu, naik 100km/h, kalau tak silap la. dalam kepala aku, laju tu, abang aku yang pandu, masuk jalan raya besar tu(jalan tanah merah ke gerik).

time nak eksiden tu, aku dah rasa yang tayar motosikal abang aku pandu tu dah jem, tak berputar dah, macam guna brek disk. bunyi krekkkkkkkkkkkkkk mengheret jalan tar. seingat aku, aku sempat lagi berfikir yang aku ni akan eksiden, tapi aku tak tahu nak buat apa, just duduk kat belakang abang aku je. sambil telur plastik yang ada main aku pegang lagi.

tapi bila motosikal aku terbalik ke sisi, aku rasa macam aku dalam keadaan huru hara gitu, pusing-pusing aku dibuatnya, abang aku terseret bersama motosikal, aku berpisah, time tu aku sebenarnya tak pakai helmet, abang aku dia pakai la helmet sebab dia yang pandu. jarak pekan ke rumah aku dalam 7 kilometer jugak.

jarak aku berpisah dari motor lebih kurah 3,4 meter. abang aku melekat kat motosikal, tapi dia sedar dan bangun dan lari dari jalan raya itu, sebab abang aku tu diheret oleh motosikal hingga ke tengah jalan, nasib baik tiada kereta yang lalu time petang itu.

abang aku okey je aku tengok, walaupun bahagian badan belah kiri habis kena sapu oleh jalan tar. berdarah habis, cuma helmet yang abang aku pakai tu, bergesel dengan jalan tar hingga nipis, mujur tak sampai ke kepala, nasib abang aku ketika itu.

aku sama la dengan abang aku, bahagian kiri habis disapu, dan berdarah, siku, pinggang, pehe, lutut dan betis, kaki ada la sikit-sikit. lutut aku ada masuk batu yang besar jugak la, dalam sebesar kuku ibu jari tangan. kat siku, ada sikit je batu-batu kecil. yang satu lagi, kepala aku bengkak, sebab tak pakai helmet, ada batu-batu kecil la kat dahi. besar jugak bengkak kat dahi aku.

tapi yang cun ialah telur mainan yang plastik dan ada mainan kat dalam tu, masih lagi aku pegang. tu yang cun tu, aku dah terguling-guling lebih kurang 3,4 meter tapi genggaman aku kuat. hehe.

setelah ada orang kampung kat situ datang tengok, dia bercadang nak tolong hantar aku dan abang ke hospital sebab mungkin pinggang aku kuat berdarah dan kepala bengkak dan juga abang aku kuat berdarah kat bahagian badan belah kiri. aku ingat lagi, abang aku tu masih lagi keadaan okey, sempat lagi dia suruh pakcik tu hantar aku je seorang ke hospital.

aku gelabah la, dah la sakit, dalam kepala aku, bila masuk hospital, kompom kena cuci-cuci dengan air ubat, pastu kena jahit-jahit, memang menggerunkan aku ketika itu, jadi aku menolak pelawaan untuk ke hospital, hanya aku masuk suruh dia hantar aku dan abang aku untuk ke rumah sahaja.

sampai saja aku dan abang aku kerumah, mak aku suruh bersihkan yang patut bersih, abah aku pun turut ada kat situ, aku takut kena marah je. lantak la dalam kepala aku, sebab aku tengah sakit time tu.

jadi setakat itu la cerita kecelakaan aku. dengan abang aku kat jalan raya.

kes ini sudah 12 tahun berlalu, motosikal itu pun sekarang sudah tersandar kat tepi rumah aku dah, chasis dia pun dah berkarat, tayar tak payah cakap la, pancit dah dua-dua depan belakang. tapi kat badan aku masih lagi meninggalkan parut. kat lutut, dahi dan pinggang. kat siku ada la sikit-sikit je.

lepas daripada eksiden itu, alhamdulillah, masih lagi aku selamat. bersyukur. berhati-hati lah di jalan raya. ingatlah orang tersayang.

*gambar hiasan sahaja.

Wednesday 17 October 2012

pasar malam yang nak aku ceritakan ialah bukan pasar malam yang aku pergi bila aku dah dewasa tapi yang masih aku dibangku sekolah rendah. kerinduan aku kerana kalau pergi pasar malam ketika itu, kompom semua keluarga aku akan pergi. tu yang best tu.

aku dalam darjah 2 hingga 4, selalu tiap2 hujung minggu kalau tak hujan kami sekeluarga akan pergi. seperti biasa lah, kalu pergi memang memang tak sah beli makanan. tapi bila aku renung kembali, sebenarnya aku sekeluarga pergi pasar malam memang untuk beli makanan sahaja, barang lain tu hanya tambahan.

teringat lagi time nak keluar nak pergi pasar malam, time tu jugak rangcangan ultraman main, dalam lingkuangan pukul 7.30 pm hingga 8.00. time abah aku akan drive pergi ke pasar malam ialah lingkungan pukul 7.45 pm, maka rangcangan ultraman itu aku terpaksa korbankan. tapi walaupun kejap, tetap aku tonton.

aku ingat lagi, abah aku akan panggil kami untuk balik bila azan isyak dah berkumandang, sebab masjid ada yang berhampiran kat situ. kadang-kadang abah aku pergi ke masjid itu untuk solat isyak. aku budak lagi time tu, tak tahu pe sangat lagi. hehe

yang biasa akan aku request kat mak aku ialah, air dan nasi dagang. ingat lagi aku kat makcik jual nasi dagang yang selalu mak aku beli, muka nya bujur sedikit, kurus dan tinggi. pernah aku sekali request nak beli yoyo, jelingan tajam yang mak aku bagi. jadi aku bagi balik muka kecewa kat mak aku.

*gambar hiasan bagi mengambarankan semasa pasar malam aku pergi dahulu.

keropok dan pisang goreng adalah perkara wajib bila ke pasar malam. mak aku tu kaki pisang goreng. ingat aku time dah kat IPT, time rumah, aku beli pisang goreng 3 ringgit. IPT tak jauh dari rumah aku.

balik rumah, makan makanan yang dibeli dan mula la rasa ngantuk dalam diri aku. budak-budak kan, lepas makan, mula la cari tempat baringkan badan. aku rasa yang tua pun sama kan. hehe

tapi bila dah besar, aku merasai, kami sekeluarga tidak lagi keluar ke pasar malam itu, aku tak tahu kenapa. kalau keluar ke pasar malam pun, abah aku sorang naik motosikal, kirim je apa yang nak dibeli.

selain itu ada jugak keluar ke pasar malam. tapi bukan tempat yang aku pergi dulu la. yang kat bandar sikit. dulu macam kat pekan saja.

aku rindu sebab aku berjalan masa kat pasar malam itu, mak aku pegang tangan aku, sambil tangan satu lagi pegang air minuman.

tapi kenangan itu tetap aku simpan rapi-rapi dalam memori.

Sunday 1 July 2012

Aku kembalikan di zaman dahulu sewaktu aku lagi kecil dan masih beringus sapu dibaju, dimana wujudnya suasana perumahan kampung diceruk kawasan. aku tinggal kat kampung dan dikampung juga aku ceritakan kisah akan ditajukkan diatas.

bila aku kenang kembali kisah ini, wujud semula gambaran wajah arwah nenekku yang ketika itu wajah seorang wanita berusia dan kedut-kedut dimuka tak lari dari pandangan umur yang meningkat. Dalam arena masa itu, ada tiga watak sahaja yang aktif sehingga kisah ini aku terbitkan.

watak yang segar adalah, aku, abangku dan nenekku(al-fatihah), yang mereka ini lah yang mencoretkan sejarah dalam hidup aku dan sehingga kini segar mewangi kisah itu.

nenek aku ini belah abahku. 1929-2008 dalam kenangan.

aku ceritakan…

Di pagi hari seperti biasa, kanak-kanak seperti aku ini akan ke dapur untuk mencari sumber makanan untuk santapan dipagi hari, maklumlah kanak-kanak selepas bangun tidur dengan keadaan lapar dan dahaga, terus aku ke dapur dan duduk bersila di lantai konkrit.

sebelum aku duduk kat lantai itu, abangku itu sudah terlebih dahulu berada disitu, jadi kedua-dua menunggu sarapan katakan.

untuk awal-awal pekena sarapan, nenek aku yang berlegar-legar didapur, maka dengan belas kasihannya, buat lah air minuman untuk kami berdua. aku tak boleh nak request sangat kat mak aku, sebab mak dan abah kandung aku ini berkerjanya sebagai menjual kedai makan, jadi dipagi hari sibuklah dengan urus niaga makan-makanan.

jadi nenek aku lah yang mengurus aku diketika itu, masa itu nenek masih gagah lagi walaupun tubuh kurusnya jelas kelihatan.

seperti biasa minuman aku dipagi hari adalah berbeza dengan abang aku, aku selalu disediakan air tea susu dan abang aku adalah air milo panas. tak sama kan? aku memang tak dapat nak mengena air milo sampai sekarang, kalau kena, muntah kejadah la jawabnya.

aku bersangka positifkan bahawa masa nenek aku bagi minuman pagi itu tersalah, yang mana air untuk aku adalah air milo, aku tak perasan la warna air itu, air milo dan air tea susu. maklumlah muka serabai, taik mata masih lagi melekat, faham-faham la macam mana ketika itu aku. lagipun bekas air kami itu adalah sama, warna oren gelas plastik.

aku dengan penuh kedahagaan, capai dan minum manakala abang aku itu pun sama capai dan minum. dengan segera pantas, aku dapat detect bahawa air aku itu bukan air tea susu dan air milo, aku muntah dan menangis, maklumlah budak-budak memang cepat nangis.

aku nangis dan aku salahkan nenek aku itu, mak aku datang memujuk aku yang sedang menangis. nenek aku membalas kesalahannya dengan memberitahu yang dia tersalah bagi, dia ingat air aku tu dan air tea susu, dan dia juga kata gelas sama tak perasan.

itu lah kali pertama aku minum air milo dan termuntah sehingga kini melekat sejarahnya dan sehingga kini jugak aku tak dapat nak minum air milo, dan menjadi kerisauan bila pergi melawat rumah orang yang mana orang rumah itu menjamu air milo, aku fail terus.

itu sahaja kisah aku bentangkan kali ini.

kini nenekku sudah 5 tahun pergi mengadap Illahi dan al-fatihah juga untuk nenekku ini semoga rohnya dicucuri rahmatNya. aku rindu beliau. mukanya tang putih dan berkedut melekat pada pandangan aku sekiranya kerinduan aku kepadanya.

abang aku kini sudah berumah tangga baru sahaja beberapa bulan, semoga diri dan keluarganya bahagia selalu sehingga anak cicit. bermakna aku akan dapat anak buah.

aku kini sudah berkerja di perantauan dan sudah meningkat dewasa.

 

   

*gambar di atas adalah hiasan semata-mata kerana waktu itu aku tak sempat nak rakam. hehe

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!