Tuesday, 3 June 2014

DSC_0014

Wak jalani atau second name is harabak, dengar kata nak tukar nama lagi bila buat permit baru, siap bagi tahu aku lagi apa nama yang nak dia pakai nanti, nak tahu? Abdul Halim. haha begitulah celotehnya disebalik tirai seorang pekerja buruh binaan yang mana dapat dikategorikan dalam golongan mahir yang mana pernah mengambil sub dalam bidang pembinaan, dengan kabar baru baru ni baru sahaja settle bangunan kat johor bharu.

kisah kali ini review wak ni, adoi ya betol, ada suatu hari, hujan lepas berserta angin meniup sana sini dan tidak ketinggalan guruh dan petir menyambar dikala selitan guruh. aku ingat lagi time ni dia sedang bekerja lagi, tambahan lagi dia buat kerja dalam bangun tapi pintu open la, besar pulak tu pintu, jadi angin kencang tu dia rasa la.

aku ada 2 workers ni yang mana selebihnya sudah ditransferkan ditempat lain kerana ada kerja lagi kat sana, jadi tinggal 2 je, untuk kerja clearing defect untuk kerja civil.

sambung semula, seperti yang dalam gambar tu, wak sedang menyorok ketakutan akibat petir kedengaran begitu kuat, mana tak takutnya sebab aku kerja ni area pencawang elektrik, pencawang TNB. walaupun semua struktur mempunyai wayar earthing, tapi dengan bunyi petir yang kuat tu menyeramkan la jugak.

dengan ketakutan, wak mencelah masuk kedalam post guard, yang mana jaga punya port. aku kelam kabut sebab banyak lagi kerja yang perlu disiapkan sebab nanti ada audit, mampus aku kalau tak siap. aku punya workers sorang lagi tah kemana, eh sorang lagi tengah clearkan barang-barang kerja. tapi wak dengan selamba lari sampai tinggalkan barang kerjanya, apa ke hal ni, barang berselerak kat sana.

hujan melebihi pukul 5 ptg, jadi diorang balik dengan girang sebab balik awal. aku jugak balik lewat sebab balik dengan motor, diorang dengan van, hujan tak henti lagi. emm

Categories:

0 comments:

Post a Comment

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!