Sunday 1 July 2012

Aku kembalikan di zaman dahulu sewaktu aku lagi kecil dan masih beringus sapu dibaju, dimana wujudnya suasana perumahan kampung diceruk kawasan. aku tinggal kat kampung dan dikampung juga aku ceritakan kisah akan ditajukkan diatas.

bila aku kenang kembali kisah ini, wujud semula gambaran wajah arwah nenekku yang ketika itu wajah seorang wanita berusia dan kedut-kedut dimuka tak lari dari pandangan umur yang meningkat. Dalam arena masa itu, ada tiga watak sahaja yang aktif sehingga kisah ini aku terbitkan.

watak yang segar adalah, aku, abangku dan nenekku(al-fatihah), yang mereka ini lah yang mencoretkan sejarah dalam hidup aku dan sehingga kini segar mewangi kisah itu.

nenek aku ini belah abahku. 1929-2008 dalam kenangan.

aku ceritakan…

Di pagi hari seperti biasa, kanak-kanak seperti aku ini akan ke dapur untuk mencari sumber makanan untuk santapan dipagi hari, maklumlah kanak-kanak selepas bangun tidur dengan keadaan lapar dan dahaga, terus aku ke dapur dan duduk bersila di lantai konkrit.

sebelum aku duduk kat lantai itu, abangku itu sudah terlebih dahulu berada disitu, jadi kedua-dua menunggu sarapan katakan.

untuk awal-awal pekena sarapan, nenek aku yang berlegar-legar didapur, maka dengan belas kasihannya, buat lah air minuman untuk kami berdua. aku tak boleh nak request sangat kat mak aku, sebab mak dan abah kandung aku ini berkerjanya sebagai menjual kedai makan, jadi dipagi hari sibuklah dengan urus niaga makan-makanan.

jadi nenek aku lah yang mengurus aku diketika itu, masa itu nenek masih gagah lagi walaupun tubuh kurusnya jelas kelihatan.

seperti biasa minuman aku dipagi hari adalah berbeza dengan abang aku, aku selalu disediakan air tea susu dan abang aku adalah air milo panas. tak sama kan? aku memang tak dapat nak mengena air milo sampai sekarang, kalau kena, muntah kejadah la jawabnya.

aku bersangka positifkan bahawa masa nenek aku bagi minuman pagi itu tersalah, yang mana air untuk aku adalah air milo, aku tak perasan la warna air itu, air milo dan air tea susu. maklumlah muka serabai, taik mata masih lagi melekat, faham-faham la macam mana ketika itu aku. lagipun bekas air kami itu adalah sama, warna oren gelas plastik.

aku dengan penuh kedahagaan, capai dan minum manakala abang aku itu pun sama capai dan minum. dengan segera pantas, aku dapat detect bahawa air aku itu bukan air tea susu dan air milo, aku muntah dan menangis, maklumlah budak-budak memang cepat nangis.

aku nangis dan aku salahkan nenek aku itu, mak aku datang memujuk aku yang sedang menangis. nenek aku membalas kesalahannya dengan memberitahu yang dia tersalah bagi, dia ingat air aku tu dan air tea susu, dan dia juga kata gelas sama tak perasan.

itu lah kali pertama aku minum air milo dan termuntah sehingga kini melekat sejarahnya dan sehingga kini jugak aku tak dapat nak minum air milo, dan menjadi kerisauan bila pergi melawat rumah orang yang mana orang rumah itu menjamu air milo, aku fail terus.

itu sahaja kisah aku bentangkan kali ini.

kini nenekku sudah 5 tahun pergi mengadap Illahi dan al-fatihah juga untuk nenekku ini semoga rohnya dicucuri rahmatNya. aku rindu beliau. mukanya tang putih dan berkedut melekat pada pandangan aku sekiranya kerinduan aku kepadanya.

abang aku kini sudah berumah tangga baru sahaja beberapa bulan, semoga diri dan keluarganya bahagia selalu sehingga anak cicit. bermakna aku akan dapat anak buah.

aku kini sudah berkerja di perantauan dan sudah meningkat dewasa.

 

   

*gambar di atas adalah hiasan semata-mata kerana waktu itu aku tak sempat nak rakam. hehe

Categories: ,

0 comments:

Post a Comment

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!