postingan tengah malam adalah istimewa bagi gua kerana mempunyai daya kreativiti berbeza. hehe kali ini ingin gua bicarakan tentang “lain yang difikirkan, lain yang diterima”. adakah anda tahu dengan apa yang gua maksudkan?? tak tahu, relaz dulu.
perkara yang agak simple dan gua yakin perkara ini ada sesetengah diantara kita terkena atau melalui kejadian ini.
“bayangan dimata adalah berbeza dengan apa yang dirasa”
gua nak bagi gambar ini membicarakan maksud gua.
hehe. selamat berilusi sendiri, cuba merenung kembali jika anda pernah melaluinya.
gua nak cerita sikit pengalaman gua bila terkena trik ini, walaupun mak gua tak planning tapi ia memang nampak seperti yang sudang dirancang sebagaimana proses kekenaan.
- gua open peti sejuk, alangkah sedap mata memandang, lebih sedap lagi jika mulut merasa kesedapan itu.
- gua dengan kepala dari serabut menjadi tenang seketika bila ternampak ais krim dalam peti ais itu.
- angkat dan ambil dengan senyum terukir di bibir.
- letak atas meja, dan gua sudah siap kelengkapan dengan cawan bersaiz sederhana dan sudu besi yang agak old school.
- pegang sudu, cungkil penutup bekas ais krim.
- buka terus nampak isi ayam yang sudah di potong-potong kecil.
- gua dengan hampa, tutup balik bekas itu, dan gua nampak mak gua gelak ketawa sopan di depan mata gua, dua dengan muka kecewa sambil meletakkan balik bekas itu dalam peti sejuk.
itu sahaja pengalaman gua, semoga menjadi pengajaran untuk masa hadapan. kuhkuhkuh
0 comments:
Post a Comment