Ini adalah beberapa gambar yang mana time ni aku pun turut sekali join safety rep untuk menerangkan apa itu Fire Extinguisher dan bagaimana cara untuk mengunakannya. dan aku rasa ia sesuatu yang bermenafaat walaupun ia sering kali dianggap perkara remeh, remeh tang mana? bila nak buat meeting untuk benda ni la. terutama workers yang kurang berdisiplin dan tidak profesional.
aku takde dalam gambar so, takyah cari la. haha ye la aku ni tukang ambik gambar je. walaupun in letter as site supervisor cum C.O.W. sekeliling meja tu terdiri daripada workers including expert and half expert. dan juga yang berjaket biru tu adalah wakil tnb dan yang sedang bagi briefing tu adalah safety rep.
isi kandungan yang sempat gua rakamkan dalam kepala aku ialah.
cara penggunaan benda alah ini, dengan menggunakan satu formula ringkas yang ia menerangkan cara bagaimana ia digunakan. adalah dengan menggunakan formula PASS iaitu short form dari:
1-Pull the pin
tarik pin yang tombol benda alah tu.
2-Aim at the base of fire
target atau sasar kan kepada dasar api atau bahagian asas nyalaan dan bukan pada api yang sedang marak.
3-Squeeze the lever slowly
tekan atau cekam tuas tu secara as practicable la, takkan nak cerukkkk abis macam tu.
4-Sweep from side to side
swing la kiri kanan supaya ia tak tertumpu pada satu point sahaja. jimat gas. huhu
sememangnya nampak remeh benda ini tapi bagi aku bila dah mendengar dan mempelajari benda alah ni, rasa macam berilmu la walaupun pada sebelom nya, aku pun anggap benda ni remeh jugak. huhuhu.
aku rasa dengan setengah jam kursus penerangan yang dibagikan oleh pihak main-kon tu, semuanya boleh dikatakan berjalan dengan baik dan komunikasi antara pemberi penerangan dengan pendegar adalah baik walaupun ada selitan sikit pertanyaan soalan bodoh, eh salah, nakal je.
api kawan, api member, bila dah besar lawan, semua dah hangus baru naik giler.
0 comments:
Post a Comment