Wednesday 29 January 2014

IMG_20140217_213512

ni nak aku kisahkan yang aku barai laptop aku ni. kejadian berlaku dengan efek yang memilukan dan mendukacitakan, alahai sedih betul tapi mujur la tak arwah, boleh la nak surfing tenet tu. ni semua kes membijakpandai la ni, taknak hantar kat kedai dengan alasan save budget. peralatan dah ada, cuma kena up sikit kemahiran dalam menjadi “tukang” ni.

sebab-sebab aku barai:

laptop aku sering panas bila main game terutama pes2013. dan itu dengan niat aku nak cuci fan dan sapu sikit debu habuk kat mobo tu.

kebaikkan aku dapat:

laptop tak cepat panas dan aku rasa selesa sikit aku punya moral.

keburukkan aku dapat:

stress nak bukak dan pasang benda alah ni. mak aii kena halus betul skill yang guna dalam bab ni. diakhir aku pasang, aku tertinggal skru 5 biji, tapi setelah aku tengok depan belakang, macam semua dah di skrukan. ahhh mana la silap aku ni. malas nak peduli aku simpan je skru tu satu tempat.

hardware usb port rosak, menyebabkan aku takleh detect joypad usb(untuk main pes2014), semua usb port kiri kanan. lagi sedih, usb port yang 3.0 rosak, tak detect langsung just nak charger boleh la, tapi kalau macam cucuk pendrive ke, apa ke, memang takleh. penambahan stress begitu mendadak. mujur la yang 2.0 tu ada 2 port lagi boleh guna tapi untuk pendrive, mouse dan seangkatan denganya sahaja, joypad memang haramjadah terus.

 

konklusi:

sampai sekarang aku macam dah give up untuk nak solve masalah ni. pergi kedai, tokey takleh, sebab usb port melekat kat mobo. nak repair, kos yang menyelerakan. aku sudah reda dengan takdir. tanggisi tidak lagi kedengaran.

Categories: , ,

0 comments:

Post a Comment

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!