Monday, 14 April 2014

mencuri adalah satu tindakan yang mana tidak perlu mengambil permisi empunya sesuatu bila diambilnya. jelas ketidakbaikkan terpapar disetiap huruf pada perkataan mencuri apatah lagi bila melakukan nya. hal ini hampir terjadi pada diri aku.

kisahnya, plat danger tu tidak mencukupi bila nak dipasang,jadi, aku diberi tahu oleh bos aku bahawa suruh curi plat ini di sekitar pagar sempadan.  yang mana masalah ini aku yang memberitahu kepada bos aku.

pada awalnya masalah ni aku ajukan sehingga bos aku datang melawat site. sehingga keluar keputusan untuk melakukan aktiviti pencurian. dan aku dapati bos aku datang ni hanya kerana nak ambil permit bukan semata mata nak settle masalah unta ni. aku yang berlagak seolah olah masalah ini besar, menunding jari pada guard yang jaga pintu masuk.

setelah aku mengkaji semula masalah ini, kesimpulan dapat dibuat yang mana berhati-hati semasa memandu adalah dapat digunakan dalam aktiviti pembinaan. lebih jelas workers aku pasang salah sebab bukan semua batang tiang dipasang benda alah ini hanya the next fifth akan dipasang.

setelah aku yang mengkajinya, akhirnya masalag ditutup dengan rapi. aku jugak macam diratapi sebab, aku yang buat salah sebab tak check, aku jugak beritahu masalah kat bos aku, dan aku jugak yang settle masalah aku buat ini. nampak tak tiga kombinasi maut ni. huhh

Categories: ,

0 comments:

Post a Comment

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!