Monday, 26 May 2014

_SC_0004

jangan nak sesuka hati je nak dismantle formwork tu, tengok spec dalam spec book yang ditetapkan. sebab ada yang memberi kesannya nanti, aku petik daripada tNB rep yang mana merangkap menjaga kualiti kat tempat aku kerja, tnb beb bukan buat bangunan biasa. kerja sikit tapi hal melambak dibuatnya.

walaupun ada kesan kepada progress kerja tetapi kena follow jugak apa kehendak owner ni. nak jaga kualiti kan. kadang kala workers aku ni ambik kesempatan atas kesulitan aku, mentang la kerja lain tertangguh sebab konkrit ni, diorang berjalan bergoyang kaki dibuatnya. sememangnya ada kerja lain tapi hanya lah minor sahaja.

formwork. bila dismantle ni, workers macam dah taknak guna dah kayu ni, dicabutnya mengikut nafsu serakah bak hang. cungkil sana, cungkil sini. kelembutan hilang terus dalam diri. aku hanya merangkap tukang tukang tengok, terpaksa la aku tengok je. kalau ikut bos aku, memang la, kalau boleh formwork ni nak guna 10 kali, kalau boleh pakai la. yang menjadi bebanan ialah pada aku, bila plywood rosak, aku jugak kena order. duit petty cash, tak runsing. order guna hp je pom. haha

paling aku takut pasal dismantle formwork ni ialah honeycomb. perghh ghairah beb kena sound dengan TNB rep sebab ada honeycomb. kalau boleh, lepas dismantle je, aku suruh workers aku touch up je terus. masalahnya time nak bukak la dia bercenguk kat situ.emm.

biasa kena komplain sebab kalau ada honeycomb, tak cantik, ada efek pada strenght beam.

workers pulak buang kayu merata-rata, tak pepasal aku kena jeling menjeling dengan safety rep. kena pulak worker sorang dua je indo, yang lain melayu. hishh disiplin workers melayu berbeza bak hang.

Categories: ,

0 comments:

Post a Comment

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!