Thursday 10 July 2014

membangangkan adalah aktiviti yang kurang enak bagi aku, apatah lagi membangdingkan kebangangan ini dengan dua insan yang bergelar manusia. halus dalam kalbu aku, halus lagi kias dalam jiwa aku.

kisahnya bukan trajedis berdarah mahupun keberkorbanan nyawa, hanyalah secubis rasa kurang enak dalam diri aku, seolah aku ini basikal tiada brek, yang mana hanya brek dengan tapak selipar sahaja.

ini berkenaan bab civil construction, okay. aku jelaskan.

lebar sesebuah plinth, atau tapak ialah 2400mm dan panjang 4200mm manakala tinggi 1170mm. aku malas nak kisahkan bab panjang dengan tinggi, sudah memadai dengan lebar sahaja, iaitu 2400mm.

ini main story, nak pasang rebar untuk plinth ini, spacing untuk area lebar ni adalah 200mm, center to center. manakala concrete cover 100mm termasuk kiri dan kanan, maknanya 50mm sebelah. jadi hanya 12 batang sahaja lah perlu di pasangkan. betul tak?

jalan pengiraan:

2400mm(lebar)-100mm(concrete cover)=2300mm

2300mm/200mm(spacing)=11.5

11.5 dimaksudkan dengan jumlah batang besi rebar. ada ke bilangan besi separuh macam tu? jadi kena la bundar menjadi 12 batang.

maka hanya 12 batang je lah perlu dipasang.

*****

dengan wakil TNB ini tidak puas hati dengan aku, dia nak dengan keputusan dia, yang mana 13 batang perlu dipasangkan. yang mana pengiraannya tak tolak concrete cover. bangang apakah ini? setahu aku dia kerja dengan TNB ni dah 4 tahun dalam bab civil ni. jadi mengapa dia selitkan kebangangannya pada situasi ini. dah la bulan puasa pulak ni.

kena pulak dia punya engineer TNB(civil) ada sekali, jurutera pulak girl, umur lebih kurang je, cuma lebih sikit je kot. aku tengok macam tak der power je, walaupun girl tu level jurutera. maklumlah girl kan. aku dah kelip-kelip mata dah sikit girl tu, huhu

memang aku nampak, dia ni kena tarbiah sikit dengan jurutera tu, sampaikan kes ni diterima ke bos aku. bangang betol la. bos aku dung dang dung dang kat aku, maklumlah, Clerk Of Work merangkap juga supervisor. kena tarbiah juga aku dengan bos aku ni. aku sabar je sambil menjawab panggilan bos aku dengan ye ye ye je bos.

aku tutup kes, sehingga malam tu, aku tarbiah sikit jurutera tu melalui wasap. biasa la tarbiah wasap tengah malam ni, ayat tu yang kurang lembut, lembutkan sikit. huhu lepas tu, dia decide yang dia akan merunding dengan dia punya technician supaya mengubah apa yang dia decided tadi. jadi aku akhiri tarbiah aku dengan jurutera ni dengan selamat malam, settle.

aku lega sambil perut memanggil nasi goreng kampung dan telur dadar, kena cari kedai makan dulu la.

simple-sailboat-6605

Categories: ,

0 comments:

Post a Comment

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!